CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Anne Hathaway terharu terima al-Quran daripada peminat

23-4-2026 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 288| Komen: 0

 


PELAKON Anne Hathaway menerima hadiah senaskhah al-Quran daripada peminat selepas tular di gelanggang media sosial video wawancara dirinya menyebut perkataan ‘insya-Allah’ baru-baru ini.

Anne yang kini sibuk dengan rangka promosi filem terbaharu The Devil Wears Prada 2 kelihatan terharu dengan pemberian terbabit dan sangat berterima kasih.

“Quran untuk anda. Saya ada tengok video ‘insya-Allah’ sampaikan saya terfikir mungkin sudah sampai waktunya — beri Annie kepada kami,” ujar peminat itu seraya menghulurkan al-Quran kepada terbabit.

Hathaway dilihat menerima kitab suci tersebut dengan penuh penghormatan dengan membalas: “Terima kasih sangat-sangat.”

Terdahulu, Hathaway mencuri perhatian ramai terutamanya umat Islam seluruh dunia apabila dia menyebut ‘insya-Allah’ dalam satu temu bual bersama majalah People.

Video temu bual pelakon berusia 44 tahun itu kini tular dalam media sosial seluruh dunia.


Ketika ditemu bual, Hathaway bercerita tentang kehidupannya yang kini memasuki fasa usia 40-an di mana dia berharap dapat jalani kehidupan yang sihat.

“Saya hanya mahu menikmati hidup. Saya mahukan kehidupan yang panjang dan sihat. Insya-Allah. Saya berharap perkara itu terjadi,” katanya. 


Sumber –  KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2026 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075597 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top