|
Usahawan sensasi, Kak Nona mempertahankan diri susulan kenyataan adiknya, Kak KM berhubung kes membabitkan anak-anaknya yang kini dalam siasatan polis. Memetik mStar Online, Kak Nona mendakwa adiknya sengaja mengeruhkan keadaan dengan kenyataan kepada pihak media mengenai kes berkenaan. Tidak mahu hanya berdiam diri, Kak Nona berkata dia turut mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Pak Edy dan Kak KM pada Selasa lalu. “Saya sudah hantar LOD kepada kedua-dua mereka. Dah seminggu saya cuba sampaikan tapi masing-masing mengelak dan menipu. “Kak KM siap kata dia di Jepun tapi LOD itu tetap sampai melalui WhatsApp dan email. Saya tahu dia sudah sedar tentang LOD itu. “Saya terpaksa guna peguam untuk hentikan semua ini sebab dah melampau viral. Apa bekas suami saya buat, dia repost sampai berjuta orang tengok,” katanya. Dalam pada itu, Kak Nona turut menegaskan supaya Kak KM tidak mencampuri urusan peribadinya terutama dalam hal berkaitan anak-anak. “Dia jangan nak menambah tomahan, jangan masuk campur urusan peribadi saya! Kau mind your own business. Anak aku, aku urus bukan kau! “Kalau betul simpati, bukan dengan cerita atau hebahkan kepada media. Jangan nak tunjuk jadi pelindung sedangkan saya masih ada,” katanya. Tambah Kak Nona lagi, disebabkan kenyataan adiknya itu netizen mula membuat pelbagai spekulasi serta memberi kesan pada reputasinya. “Disebabkan kenyataan dia, orang mula pandang serong terhadap saya. Ada yang berhenti mengikuti saya dan anggap saya ibu tak bertanggungjawab. Perbuatannya itu telah menjatuhkan maruah serta menjejaskan perniagaan saya,” katanya. Sumber : mStar Online, Rotikaya
|
kelip2_07 replied at 20-4-2026 10:36 AM
katanye ank dia kata mcm dia xside ank dia
pasubungaa replied at 20-4-2026 11:21 AM
bukan haritu dah berbaik ke? yg dtg rumah kak km berpeluk2 ngis tu , yg ini ke?
PejuangBerani replied at 20-4-2026 02:30 PM
perkara mcm ni apa motif utk sebarkan kepada media? keluarga depa dah cukup dapat liputan..selesaika ...
jalfa replied at 20-4-2026 06:18 PM
Katanya anak nona kena cabul.tgk kat ig fb bapak betul diorang pak eddy cafe tu.apak dia dah buat re ...
jalfa replied at 20-4-2026 06:18 PM
Katanya anak nona kena cabul.tgk kat ig fb bapak betul diorang pak eddy cafe tu.apak dia dah buat re ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-5-2026 01:48 PM GMT+8 , Processed in 0.059749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.