|
Pelakon Alya Iman menyifatkan aplikasi Threads sebagai platform paling toksik serta memilih untuk menjauhkan diri dari media sosial berkenaan.
Memetik mStar Online, Alya berkata dia melihat netizen memberikan pendapat dan komen di aplikasi berkenaan sangat keterlaluan. “Dalam banyak-banyak media sosial, Threads yang paling saya benci dan sangat toksik berbanding yang lain. Saya sangat benci Threads. “Bila buka, baca komen netizen, mereka ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan. Jadi saya memilih tak main aplikasi itu,” katanya. Sementara itu, Alya berkata dia enggan membaca komen-komen negatif berkenaan dirinya kerana tidak mahu kesihatan mentalnya terganggu. “Kalau dulu saya memang ada baca komen-komen mereka ini sehingga menyebabkan mental saya terganggu. “Tapi sekarang ini tidak lagi. Media sosial memang menakutkan dan kita pun tak boleh nak kawal apa yang netizen cakap kan? Tapi sekarang tidak,” katanya. Sumber : mStar Online, Rotikaya
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-6-2026 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.064919 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.