|
Penerbit terkenal, Datuk A Aida menyifatkan anaknya iaitu Azeva yang juga peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2) seorang yang paling cantik serta memiliki suara merdu.
Memetik HibGlam, diminta mengulas mengenai pesaing dalam program tersebut, Aida berkata sebagai ibu dia yakin dengan anaknya. “Anak saya paling cantik dan suara paling sedap. Tak tahulah nak cakap siapa pesaing terdekat. Bagi saya anak saya paling cantik dan suara paling sedap. Seorang ibu harus yakin dengan anaknya,” katanya. Sementara itu, Aida berkata dia sentiasa memuji anaknya namun baginya paling penting adalah keyakinan diri dan dia tidak gentar dengan peserta yang bertanding. “Kata-kata ini sudah seperti ‘signature’ untuk saya. Saya sentiasa puji anak saya. Dialah ‘princess’. Jadi saya tak takut dan gentar dengan peserta lain,” katanya. Dalam pada itu, Aida berkata dia terbuka menerima segala kritikan daripada juri kerana baginya itu adalah untuk memperbaiki prestasi anaknya. “Saya sentiasa terbuka. Kalau boleh setiap episod saya nak juri komen persembahan anak saya. Biarpun ‘manager’ boleh ‘mute’ mikrofon juri, tetapi saya tak mahu. “Komen-komen daripada juri penting untuk memperbaiki diri. Jika juri komen anak saya tak cukup stamina, saya akan hantar anak saya ke gimnasium, cari jurulatih kecergasan untuk tingkatkan stamina,” katanya. Sumber : HibGlam, Rotikaya
|
ragazza replied at 20-4-2026 10:15 AM
Anak ani mayuni pun lawa juga kalau selim melim mekap2 make over
AWEKSAMURAI replied at 20-4-2026 05:15 PM
Jeng jeng .....
Rileks..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-7-2026 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.524641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.