CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AS sahkan dron pengawasan bernilai AS$238 juta hilang semasa perang Iran

17-4-2026 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1806| Komen: 6

 


ISTANBUL – Markas Keselamatan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kehilangan sebuah dron pengawasan MQ-4C Triton pada 9 April, yang diklasifikasikan sebagai insiden Kelas A, iaitu kategori kemalangan melibatkan kerosakan besar atau kemusnahan pesawat, lapor Anadolu Ajansi.

Lokasi kejadian tidak didedahkan atas sebab keselamatan operasi, namun dron itu kali terakhir dikesan terbang di ruang udara antarabangsa menuju ke arah Iran.

Setakat ini, tiada bukti ia terhempas di wilayah Iran, menurut laporan.

Menurut penerbitan The War Zone, dron beraltitud tinggi itu yang dianggarkan bernilai kira-kira US$238 juta, sedang melaksanakan misi pengawasan maritim di Teluk Parsi berhampiran Selat Hormuz sebelum hilang secara tiba-tiba daripada laman penjejakan penerbangan dalam talian.

Dron buatan Northrop Grumman itu dilancarkan dari Pangkalan Udara Tentera Laut Sigonella di Itali dan berkeupayaan terbang lebih 24 jam pada altitud sehingga 50,000 kaki.

Tentera Laut AS belum mendedahkan punca kejadian atau butiran mengenai serpihan dron berkenaan.

Kehilangan itu berlaku ketika serangan AS-Israel ke atas Iran, yang menyaksikan AS berdepan beberapa insiden membabitkan pesawat, termasuk jet pejuang dan dron, sejak 28 Feb. 

 


Sumber:– – BERNAMA-ANADOLU 
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crazybeach 17-4-2026 03:47 PM
padan muka ko babi
Quote manopBKK 17-4-2026 07:57 PM
Sikit je tu..... demi Boss Judaism

[twitter]https://twitter.com/orlando71156528/status/2044850145389396469?s=61[/twitter]
Quote TOPwind 18-4-2026 12:15 PM

Segaje dihilangkan
supaya dpt tau lokasi operasi besar IRAN.

Quote honam 20-4-2026 09:25 AM
mcm nipu je rega sampai ratus2 juta, tengok mcm dron biasa je
Quote Decaffeinated 20-4-2026 10:14 AM
honam replied at 20-4-2026 09:25 AM
mcm nipu je rega sampai ratus2 juta, tengok mcm dron biasa je

Buat tak banyak memang mahal. Sepatutnya rupa macam mana?
Quote supernaturalee 20-4-2026 10:51 AM
Decaffeinated replied at 20-4-2026 10:14 AM
Buat tak banyak memang mahal. Sepatutnya rupa macam mana?

berbling2 bertatahkan emas, berlian dan permata kot
blood diamond plk lagi saiz tapak tangan

baru ngam ratus2 juta usd




Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2026 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.465018 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top