CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yusuf Bahrin tak layan dakwaan kewujudan orang ketiga, cuma ingatkan dosa buat fitnah!

17-4-2026 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 840| Komen: 0

 



PELAKON Yusuf Bahrin memilih untuk tidak melayan segala spekulasi yang mendakwa kewujudan pihak ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan bekas isteri yang juga penyanyi Zizi Kirana.

Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin, 34, berkata, dia lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana menganggap tindakan memberi reaksi hanya akan memburukkan lagi keadaan.

"Benda ini balik kepada apa orang nak cakap, kita tak boleh nak halang. Apa orang nak tuduh pun kita tak boleh nak halang. Kita nak tegakkan benda yang betul pun kadang-kadang orang tetap tak percaya. Walaupun kita sendiri yang tahu apa yang jadi. 

"Jadi, benda ini tidak perlu layanlah. Kita doakan yang baik-baik untuk mereka yang terus bercakap ini. Kita tak benci orang itu, kita benci perbuatan yang dia buat. 

"Bercakap tanpa selidik, tanpa tahu benda yang betul, bila menuduh, buat fitnah, itu dosa!” katanya kepada mStar ketika ditemui semasa sesi fotografi drama terbarunya Anom Suraya di Media Prima, Bangsar pada Khamis. 

Menyentuh mengenai budaya mengecam di media sosial, Yusuf mengingatkan orang ramai agar supaya tidak selalu mengambil peduli mengenai orang lain. 

"Moga Allah lindung kita daripada segala fitnah, tutup aib kita semua. Selama kita hidup ini, kalau Allah saja nak buka aib kita, seorang pun takkan kawan dengan kita. Tapi Allah Maha Baik, Allah tutup aib kita.

"Jadi masing-masing kena beringatlah, jangan buat macam kita ini tak ada aib langsung, tak ada dosa langsung. Jangan suka bercakap pasal orang," ujarnya. 

Ditanya mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Yusuf enggan mengulas panjang dan mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tuntutan kerja.

"Fokuslah! Fokus dengan kerjaya. Saya tetap akan cakap saya sedang fokus dengan kerjaya. Saya tak nak ada apa-apa gangguan. Saya nak fokus apa yang saya tengah buat sekarang," tambahnya. 

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 dan sah bercerai pada 2 April lalu.

Sumber: mStar
 


 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-7-2026 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047647 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top