CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak kongsi gambar bersama isteri, Fikry Ibrahim terkejut muncul lagi khabar angin rumah tangga bergolak

17-4-2026 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2533| Komen: 22

 



NAMPAKNYA persoalan mengenai rumah tangga pelakon Fikry Ibrahim dan isteri, Siti Khalizah Alihan terus menjadi pertanyaan peminat.

Tampil menjawab mengenai dakwaan itu, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 32, berkata spekulasi tersebut mungkin timbul kerana mereka jarang berkongsi gambar bersama di platform media sosial. 

Ia sekali gus mengundang salah tafsir dalam kalangan netizen.

“Itu semua hanya spekulasi (rumah tangga retak). Semuanya kerana kami tidak berkongsi gambar bersama. 

“Kalau anda semua boleh lihat, kali terakhir saya berkongsi foto dengan ibu. Adakah kerana itu menunjukkan saya bergaduh dengan ibu saya? Tidak juga. 

“Saya dan isteri merasakan lebih baik untuk tidak berkongsi gambar bersama. Saya agak terkejut bila ada lagi khabar angin (kisah rumah tangga) ini. Disebabkan itu saya ketawa saja,” katanya kepada mStar. 

Fikry berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana filem Libang Libu yang diadakan di GSC Cinemas Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Khamis. 

Dalam pada itu, Fikry berkata dia dan isteri mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan peribadi demi menjaga privasi.

“Sebelum kahwin saya tak pernah berdepan isu seperti ini (kontroversi). 

“Selepas kahwin saya masih mengekalkan prinsip sama. Saya tidak suka berkongsi kisah privasi. 

“Kalau lihat di media sosial, saya hanya berkongsi tentang ibu. Adik-beradik lain atau arwah bapa pun saya jarang berkongsi,” ujarnya. 

Mengulas mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini yang turut menjadi perhatian ramai, Fikry menjelaskan bahawa dia dan isteri menyambutnya secara berasingan atas komitmen keluarga.

“Isteri beraya di Sarawak. Tahun ini giliran isteri cuma saya kena jaga ibu. Pakcik saya pun tak sihat. 

“Jadi saya mengizinkan isteri untuk balik ke Sarawak beraya bersama keluarga. 

“Sebelum raya kami beli baju raya sekali jadi tak timbul isu masalah rumah tangga ini,” katanya. 

Pada Mei tahun lalu, Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, pada Jun tahun sama, peguam kepada isteri Fikry, Wan Muhammad Afiq Mohd Razif memaklumkan anak guamnya menarik semula permohonan cerai yang difailkan. 


 


Untuk rekod, Fikry dan Khalizah berkahwin pada 12 Februari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Pasangan ini mengambil pendekatan menjaga privasi sejak awal perhubungan.

Perkahwinan mereka hanya diketahui umum selepas Fikry memuat naik gambar pernikahan mereka.


Sumber: mStar
 


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 17-4-2026 10:28 AM
Ni salah satu pasangan yg papergreen hint ritu kan
Quote Gianna111 17-4-2026 11:25 AM
hari raya tu hari she and anak anak je ada di kuching kan?tak nampak pun gambar sang laki.
Quote mizzmimi 17-4-2026 11:30 AM
dah berapa kali ko terkejut? kitorang tak terkejut pun
Quote virgocircus 17-4-2026 02:52 PM
Nape nak terkejut plak kalo bini ko pernah g court. Kikiki
Quote zuriey 17-4-2026 03:10 PM
Dia ni tak ada adik beradik lain ke
Yg lain tak bokeh take over jaga mak?
Kalau tak de yg jaga upah la caregiver
Sampai raya pun tak nak balik kg bini alasan mak sakit..
Quote sukanyanyi 18-4-2026 12:03 AM
Masa puasa aritu rasa mcm nampak heols kat sebuah mall ini sebelum heols masuk suatu pusat senam/sukan dalam mall tu.. tp tak pasti betul ke heols atau indian man.. tp mmg herloks..
Quote hasniey 18-4-2026 01:14 AM
Owh yg aritu xjd cerai eh.igtkan cerai dah
Quote irvene 18-4-2026 09:16 AM
zuriey replied at 17-4-2026 03:10 PM
Dia ni tak ada adik beradik lain ke
Yg lain tak bokeh take over jaga mak?
Kalau tak de yg jaga upah  ...

walaupun ada adik beradik 11 orang pun sis. kalau diri sendiri ketegaq ‘kononnya terpaling nak jaga mak’ memang tak boleh nak buat apa. umoq pun dah nak dekat 40an.
Quote irvene 18-4-2026 09:18 AM
ubah ubah la peragai ko. dekat akhirat nanti akan disoal. adilkah kamu terhadap isteri?
Quote chandrahusin 18-4-2026 10:44 AM
Aku ada nmpak dia dgn bini dia
Makan kat Oriental Kopi Sunway Putra
Dlm 2 3 bulan lps
Quote LembingDayanti 18-4-2026 10:57 AM
dia ni nampak mcm mental illness.. sorry!
Quote azimodin 18-4-2026 07:32 PM
irvene replied at 18-4-2026 09:18 AM
ubah ubah la peragai ko. dekat akhirat nanti akan disoal. adilkah kamu terhadap isteri?

Jenis xleh tegur ni.. hidup ikut kehendak dia je.. ramai dah aku jumpa macam ni, lelaki ada.. yg perempuan pon ada. Geng2 tak nak balik beraya rumah partner, rumah dia je. Yg pergi holiday angkut extended family belah dia je... Yg ajak satu side je bila belanja makan. Yg dibuli? Makan hati je la.. sebab sayang. Geram kan?
Quote orkid_amani 18-4-2026 07:48 PM
Biasa yg jenis jarang show off begambaq skali ni time raya mmg akan ada sekeping dua gambaq raya bersama..akak pun mmg jaaaraaang up gambaq dgn husband tp bila raya wajib ada gambaq raya skali tak kisah la raya ke 3-4 ka..mulut org bukan kita tau.. at least ada gambaq kita sekeluarga ada la antara org2 yg tengok tu doakan kebahagian,kesejateraan keluarga kita
Quote irvene 18-4-2026 09:29 PM
azimodin replied at 18-4-2026 07:32 PM
Jenis xleh tegur ni.. hidup ikut kehendak dia je.. ramai dah aku jumpa macam ni, lelaki ada.. yg p ...

mak yang jantan pun kena function. kena cakap dekat anak. tahun ni, tahun beraya belah isteri ko. mak nak ko pergi beraya disana, pandai2 la mak jaga diri, lagipun adik beradik ko pun ada. kalau mak jenis diam je tak nasihat anak. mmg mak pun masuk neraka jahanam.
Quote piahsemah 19-4-2026 08:35 AM
irvene replied at 18-4-2026 09:16 AM
walaupun ada adik beradik 11 orang pun sis. kalau diri sendiri ketegaq ‘kononnya terpaling nak ja ...

Mak dia tu nenek dia kan
Quote tahanie 19-4-2026 09:33 AM
Jaga mak ni macam mana? Dia boleh pergi kerja means boleh tinggal mak kan? Takkan balik raya setahun sekali tak boleh? Mak jenis bolot anak ke?
Quote zuuu 19-4-2026 11:21 AM
Kalo dia ni naik mahkamah pon x terkejut ssnggat,gambar nikah pon xde sekeping pon gambar yg dia senyum sume nampak serius je sampai ada yg speku dia kena paksa kahwin,wife dia pon penah failkan cerai sebelum ni...
Quote anony-mous 19-4-2026 07:52 PM
Antara pasangan yg i rasa xbertahan lama, maybe smpai 2026@2027. FI ni mcm red flag. Wife dia nmpk mcm bukan idaman dia. Kahwin pon sb mak sakit kot
Quote anony-mous 19-4-2026 07:53 PM
zuriey replied at 17-4-2026 03:10 PM
Dia ni tak ada adik beradik lain ke
Yg lain tak bokeh take over jaga mak?
Kalau tak de yg jaga upah  ...

Mak dia sakit apa? Lama benor sakitnya x gone. Bukan apa, mcm uols ckp la. Smpai raya pon asing2. Dah tau mak sakit, kenapa kahwin org sarawak? I syak bini dia jenis obses dgn dia. Dia nmpk xnk pon kahwin

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.331085 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top