CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Inspektor polis dijangka didakwa cubaan bunuh, kesalahan trafik susulan kejadian langgar lari polis trafik

16-4-2026 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1987| Komen: 9

 


KUALA LUMPUR: Seorang inspektor polis akan didakwa atas satu pertuduhan cubaan membunuh, selain beberapa pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya berkaitan kejadian langgar lari, Jumaat lalu yang menyebabkan seorang anggota polis trafik cedera.

Suspek berusia 40 tahun itu akan dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Mazuliana Abdul Rashid, bagi menghadapi pertuduhan cubaan membunuh menggunakan sebuah kereta di bawah Seksyen 307, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda atau penjara sehingga 20 tahun jika kesalahan tersebut mengakibatkan kecederaan parah.

Beliau juga akan dibawa ke Mahkamah Majistret Trafik untuk menghadapi tujuh pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda antara RM5,000 hingga RM15,000 bagi kesalahan pertama, manakala bagi kesalahan berulang, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM20,000.

Suspek tiba di kompleks mahkamah menaiki kenderaan polis sebelum diiring masuk ke dalam bangunan dengan kawalan ketat oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan polis trafik.

Berpakaian baju merah serta memakai pelitup muka, suspek kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Dia ditahan Isnin lalu di Chan Sow Lin selepas dikejar polis dalam satu operasi yang bermula di Jalan Cheras.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata suspek menghidap masalah mental skizofrenia dan kini sedang bercuti sakit sementara menunggu persaraan.

Dalam kejadian jam 10.47 malam, Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang menjalankan tugas kawalan trafik di sebuah persimpangan di Jalan Sultan Yahya Petra apabila sebuah Perodua Axia merempuhnya dari belakang sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepala dan tulang rusuk.

Sumber – Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-4-2026 10:20 AM
'Berpakaian baju merah serta memakai pelitup muka, suspek kelihatan tenang di kandang tertuduh.'

tapi gambar dalam artikel macam tak terurus, selayaknya macam orang gila. boleh sangkut ka semua tuduhan tu?
Quote hart_attack 16-4-2026 10:47 AM
Fat
Quote crazybeach 16-4-2026 11:14 AM
padan muka ko babi
Quote FOTHER-MUCKER 16-4-2026 12:39 PM
Kata dia ada masalah mental?
Quote Jitu 16-4-2026 12:55 PM
serabainya
Quote afie_m 16-4-2026 02:34 PM
seriiuslah ni inspektor...
Quote Skuau 16-4-2026 03:14 PM
afie_m replied at 16-4-2026 02:34 PM
seriiuslah ni inspektor...

inspektor shahab.
Quote talapia 16-4-2026 04:14 PM
Decaffeinated replied at 16-4-2026 10:20 AM
'Berpakaian baju merah serta memakai pelitup muka, suspek kelihatan tenang di kandang tertuduh.'

ta ...

berbaju merah tu kat kandang tertuduh. Normally polis baju biru yg iring. Gambar serabai ni rasanya masa baru2 kena cekup dengan polis2 trafik. Masa hari kejadian la kot
Quote Blu3butter 16-4-2026 07:30 PM
Baru nak tanya pasal baju yg serabut tu...
Lama mana dia diberi cuti sakit sampai nak tunggu persaraan? Tak leh buang terus ke kalau dah confirm ada masalah gini?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2026 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.076654 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top