CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada, tapi belum sedia kongsi cerita - Zara Zya sedang mengenali hati budi seorang jejaka

15-4-2026 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 590| Komen: 4

 



Zara Zya mengakui sedang mendalami hati budi seorang jejaka, namun, enggan memperincikan perkara itu demi menjaga ruang peribadi.

Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, juga enggan mengesahkan status hubungan mereka.

Dia juga mahu lebih berhati-hati dan tenang dalam berkongsi hal peribadi kepada umum seiring kematangan usia.

"Saya tidaklah cakap tiada, tetapi, tidak juga ada (pasangan). Kalau ada yang baik-baik (berita baik), insya-Allah saya akan beritahu.

"Berkawan itu ada tetapi saya belum bersedia untuk berkongsi lanjut. Saya lebih selesa untuk tidak berkongsi terlalu berlebihan kerana mungkin faktor umur dan sebelum ini sudah banyak pengalaman lalu.


"Umur seperti ini saya mahu lebih relaks. Ada yang patut kita kongsi, saya akan beritahu. Kalau tidak, biarlah saya simpan dahulu sendiri," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi drama Luka Di Hujung Setia di Lobi Galeri Prima, Balai Berita di sini, hari ini.


Mengulas soal jodoh dan perkahwinan yang sering menjadi perhatian ramai, Zara mengakui tidak lagi meletakkan sasaran khusus mengenainya.

Tambahnya, rezeki dalam kehidupan tidak terhad kepada jodoh semata-mata, malah merangkumi pelbagai nikmat lain termasuk sihat tubuh badan dan cukup makan.

"Saya lalui saja, insya-Allah kalau ada rezeki Allah bagi, adalah nanti. Rezeki ini luas. Tidak semestinya tak berkahwin tiada rezeki lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zara bakal muncul dalam drama Luka Di Hujung Setia yang akan disiarkan TV3 mulai 19 Mei ini.

Zara teruja apabila sekali lagi digandingkan dengan Datuk Adi Putra selepas sekian lama, dalam drama berkenaan.

"Apabila saya tahu bakal berganding dengan Adia, saya tidak fikir panjang terus bersetuju," katanya yang pernah berlakon dalam tiga drama bersama aktor kelahiran Singapura itu.


Sumber - Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Haibara-san 15-4-2026 06:23 PM
dgn sirladang ke dgn org lain kalau dgn org lain, iols ada la chance dgn sirladang tu
Quote eyansss 15-4-2026 09:23 PM
sirladang beria2 nakkan dia…. tapi tu la, tak cukup kachig kot
Quote virgocircus 15-4-2026 09:42 PM
Huhu bukan dgn sir ladang tu ke?
Quote prince_marhaen 16-4-2026 09:33 AM
...Saya tidaklah cakap tiada, tetapi, tidak juga ada (pasangan)..


kau dah kenapa..ting tong ke..?

Ni Zulin Terdampar versi gigi mentos ke?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2026 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.319536 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top