CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Anak kata okey, barulah saya pertimbang tawaran lakonan’ - Baizura Kahar

15-4-2026 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1049| Komen: 5

 


Kembali aktif berlakon selepas 18 tahun hilang dari radar dunia dunia seni, bintang filem Sepi, Baizura Kahar hanya menerima watak yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang ibu.

Baizura atau nama sebenar Nurbaizura Ahmad Kahar, 44, berkata setiap tawaran lakonan akan dibincang dan mengambil kira pandangan tiga anaknya sebelum memberi sebarang persetujuan kepada pihak poduksi.

“Alhamdulillah, tiga anak saya yang berusia 15, 12 dan sembilan tahun memberi respons positif dengan keputusan untuk kembali aktif berlakon.

“Sebelum menjayakan mana-mana watak, saya akan ambil kira perasaan mereka, selesa atau sebaliknya. Semua atas izin mereka.

“Kalau anak kata okey, barulah saya pertimbangkan untuk terima tawaran tersebut,” katanya ketika ditemui pada sesi fotografi drama terbaharu, Isteri Ke-2 di sini, semalam.

Berkongsi tentang keputusannya untuk kembali aktif, lulusan Ijazah Kajian Media dan Komunikasi serta Seni Persembahan Universiti Malaya itu berkata perkara tersebut berlaku secara spontan.

Namun, Baizura memberitahu sebelum ini dia tetap aktif dalam kerjaya seni terutama di belakang tabir sebagai penulis skrip.

“Saya berhenti berlakon dahulu bukan disebabkan berkahwin, tetapi sebenarnya sudah habis belajar kemudian saya bekerja.

“Namun, akhirnya jiwa saya lebih ke arah penulisan skrip dan bertahan sampai sekarang.

“Cuma, pada awal tahun ini saya mula mendapat tawaran berlakon dalam drama Keluarga Iskandar 3 dan selepas ini Isteri Ke-2 untuk TV3 cuma agak kekok juga ketika kembali masuk ke set penggambaran,” ujarnya yang teruja melihat respons positif peminat.

Menerusi drama Isteri Ke-2 yang bakal ditayangkan bermula Julai depan, Baizura digandingkan dengan Zahiril Adzim dan Azira Shafinaz. 

Sumber - Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-4-2026 04:53 PM
Meolls suka dia berlakon .. dah le cantik pulak tu
Quote azimodin 15-4-2026 05:22 PM
KamikuP replied at 15-4-2026 04:53 PM
Meolls suka dia berlakon .. dah le cantik pulak tu

Haah.. lawa dia, muka manis. Lagi sorang yg i rasa muka melayu manis - Anita Baharom. Dua2 favourite iouls dalam Dunia Baru.
Quote KamikuP 15-4-2026 05:36 PM
azimodin replied at 15-4-2026 09:22 AM
Haah.. lawa dia, muka manis. Lagi sorang yg i rasa muka melayu manis - Anita Baharom. Dua2 favouri ...

Dua2 berlakon dalam Keluarga Iskandar 3.. mmg kelako cuolls
Quote azimodin 15-4-2026 06:26 PM
KamikuP replied at 15-4-2026 05:36 PM
Dua2 berlakon dalam Keluarga Iskandar 3.. mmg kelako cuolls

Jap.. yg jadi bini alan tu ke? Baru tengok episode 1 & 2 tapi sambil memasak, x de la siasat siapa bini baru si alan tu.. Baizura rupanya. Kalau KI tu i memang suka family Kak Teh + Abang Ngah.
Quote Akalditipumata 15-4-2026 09:44 PM
Cantik. Simple je pn cantik.. suka tgk she oll

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2026 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.043609 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top