|
SUAMI kepada pelakon Izara Aishah iaitu Adib Khalid buat pertama kali mendedahkan wajah bayi ketiga mereka yang diberi nama Tahara Alima.
Adib atau Muhammad Adib Khalid, 36, berkongsi rasa syukur atas kelahiran cahaya mata perempuan mereka itu. "Menyambut kelahiran bayi perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. "Alhamdulillah kami bersyukur atas anugerah yang tidak ternilai ini dan kehadiran satu lagi cahaya kegembiraan dalam keluarga”katanya. Dalam pada itu, Adib dan Izara turut menzahirkan penghargaan kepada semua atas ucapan tahniah dan doa yang diterima. "Izara dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan tahniah dan doa. "Semoga Allah melindunginya, mengurniakannya kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan orang-orang yang solehah," ujarnya. Untuk rekod, Adib mendirikan rumah tangga dengan Izara pada 17 November 2017. Selain Tahara, pasangan ini turut dikurniakan dua orang lagi cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 3 tahun. Sumber: mStar
|

prince_marhaen replied at 15-4-2026 11:00 AM
Tahniah. Takde la sticker2 bagai macam marhaen. Hihi..
Si gundu dengan bini indon takde sibuk pulak ...
prince_marhaen replied at 15-4-2026 11:00 AM
Tahniah. Takde la sticker2 bagai macam marhaen. Hihi..
Si gundu dengan bini indon takde sibuk pulak ...
mawarberbisa replied at 19-4-2026 08:26 AM
tahniah la ye.. harap dah beranak dua ni tak buat perangai rempit lagi
mawarberbisa replied at 19-4-2026 08:26 AM
tahniah la ye.. harap dah beranak dua ni tak buat perangai rempit lagi
miracle_forever replied at 19-4-2026 04:37 PM
anak ketiga kan ni… sblm ni dua orang pun gegirl jugak
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.260717 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.