CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trump umum perang hampir tamat, dakwa Iran terdesak capai perjanjian

15-4-2026 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1661| Komen: 6

 


PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa konflik peperangan antara negaranya dan Iran, hampir berakhir susulan perkembangan positif termasuk perjanjian gencatan senjata selama dua minggu.

Menurut Trump, situasi semasa menunjukkan tanda-tanda penamatan konflik selepas ketegangan mula reda dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.

"Saya rasa ia hampir tamat, ya. Saya melihat ia sangat hampir untuk berakhir," katanya dalam temu bual bersama hos FOX Business, Maria Bartiromo yang dijadual disiarkan dalam program Mornings with Maria pada Rabu.

Kenyataan itu dibuat ketika rundingan damai antara pegawai Amerika Syarikat dan wakil Iran dijangka disambung semula pada Khamis.

Ia susulan perbincangan hujung minggu lalu yang berlangsung di Pakistan menemui jalan buntu.

Pada Isnin, Trump turut mengumumkan sekatan laut ke atas semua pelabuhan Iran, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap negara itu walaupun Washington sebelum ini bersetuju menghentikan serangan udara.

Dalam masa sama, beliau menegaskan operasi ketenteraan Amerika belum berakhir sepenuhnya.

"Jika saya berundur sekarang, mereka perlukan 20 tahun untuk bangunkan semula negara itu. Kita belum selesai lagi," katanya sambil menambah Iran kini dilihat terdesak untuk mencapai perjanjian.

Sementara itu, Naib Presiden Amerika Syarikat, JD Vance bersama pegawai kanan Rumah Putih turut mengadakan rundingan dengan wakil Iran di Pakistan berhubung program nuklear dan pelan pengayaan uranium negara berkenaan.

Walaupun tiada keputusan muktamad dicapai, Vance berkata terdapat 'kemajuan besar' dalam rundingan tersebut dan menegaskan keputusan seterusnya kini bergantung kepada Iran.

Konflik antara kedua-dua negara tercetus pada 28 Februari lalu apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersepadu ke atas Iran, yang mengorbankan Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei.

Sejak itu, Trump berulang kali mendakwa kekuatan ketenteraan Iran dilumpuhkan sepenuhnya.

Konflik berkenaan dilaporkan mengorbankan 13 anggota tentera Amerika Syarikat serta ribuan nyawa di rantau Timur Tengah.

Trump turut mempertahankan tindakan negaranya menyertai konflik itu dengan alasan untuk menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear.

"Jika saya tidak bertindak, Iran mungkin sudah memiliki senjata nuklear ketika ini," katanya. -Agensi

Sumber: mStar

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 15-4-2026 10:24 AM
Double blokade.... Trump suruh china tankers ke US or venezuela.... Hehe
Quote Firenzza 15-4-2026 10:54 AM
Atuk nih dah nyanyuk la ...apesal org us ni pilih presiden tua gayut....sblm ni Biden skrg trump
Quote pengecatbintang 15-4-2026 12:00 PM
Edited by pengecatbintang at 15-4-2026 12:04 PM

mgkn :

U.S akan pelan2 quit dari Middle East - tinggal ler Israel sorang2 hadap Iran & Negara2 Arab

ini akan bagi peluang kpd U.S utk ajak semua negara utk buat Global Monetary/ Currency Reset (GCR)

lepas GCR, akan aman sekejap

kmdian :

ekonomi dunia akan melingkup & high inflation

civil war kat U.S

Zionist akan perang besar dgn Arab - seluruh dunia akan kena tempias termasuk high inflation, krisis ekonomi & kewangan

negara2 Western Europe pon akan lingkup
seluruh dunia akan suffer




Quote arareez 15-4-2026 12:16 PM
pengecatbintang replied at 15-4-2026 12:00 PM
mgkn :

U.S akan pelan2 quit dari Middle East - tinggal ler Israel sorang2 hadap Iran & Negara2 Arab ...

Agak agak bila tu. Nak beli stock beras cepat cepat
Quote pengecatbintang 15-4-2026 12:19 PM
arareez replied at 15-4-2026 12:16 PM
Agak agak bila tu. Nak beli stock beras cepat cepat

ko simpan jer stok beras tu mulai sekarang

simpan dalam balang plastik

letak dalam freezer 2 ke 3 hari (bunuh kutu & batutkan tumbesaran telur kutu)

tahan, x rosak beras tu
Quote manopBKK 15-4-2026 09:14 PM


[twitter]https://twitter.com/jacksonhinklle/status/2044396299630354502?s=61[/twitter]

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.082372 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top