CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Pun Tertanya-Tanya Kenapa Lelaki Takut Nak Dekati Saya” - Azira Shafinaz

14-4-2026 12:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3242| Komen: 48

 



Pelakon Azira Shafinaz berkata dia turut tertanya-tanya mengapa lelaki takut untuk mendekati dirinya serta tidak menolak kemungkinan wajahnya yang kelihatan garang antara punca.

Memetik mStar Online, Azira berkata dia terbuka untuk berkawan serta membawa hubungan ke fasa lebih serius jika ada calon sesuai.

“Mungkin sebab saya nampak garang? Kawan-kawan saya pun ada cakap perkara sama. Bukan takut apa, tapi mungkin mereka segan atau kurang yakin untuk dekati saya pada tahap kehidupan saya sekarang. Hakikatnya saya seorang yang sangat mudah didekati dan suka berkawan.

“Kalau ada yang mendekati dan saya rasa dia sesuai untuk dijadikan calon suami, siapa tahu dan mungkin ada jodoh,” katanya.

Bagaimanapun, Azira berkata dia bahagia menjalani kehidupan sekarang serta tidak mahu menjadikan soal kahwin sebagai satu tekanan.

“Buat masa ini, saya bahagia dengan kehidupan sendiri. Saya tak telalu memikirkan soal usia yang semakin meningkat. 

“Tipulah kalau kata langsung tak terfikir, tapi tak mahu menjadikannya sebagai tekanan untuk kahwin cepat,” katanya.

Dalam pada itu, Azira berkata dirinya seorang yang pemalu dan tidak memulakan langkah untuk mendekati lelaki.

Tambahnya, dia menghargai lelaki yang menunjukkan usaha walaupun dalam perkara kecil meskipun hanya bertanya khabar.

“Sejujurnya saya jenis yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah untuk mendekati lelaki terlebih dahulu. Saya faham mungkin saya nampak sukar didekati.

“Tapi jika lelaki itu menunjukkan usaha, saya sangat menghargainya. Saya suka lelaki yang berusaha, walaupun melalui perkara kecil. Perkara sederhana seperti bertanya sama ada saya dah makan pun sudah memadai,” katanya.

 
Sumber : mStar, Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 14-4-2026 01:07 PM
@Sendawg

Sila mulakan langkah pertama anda...

Semoga dipermudahkan segala urusan... Amein.
Quote LaskarHijayu 14-4-2026 01:23 PM
Lawa la dia ni. Ai olss doakan dia berjodoh dgn lelaki baik dan menghargai dia sebaik2nya. Kaya, bujang, ensem, dermawan, hartawan....
Quote hihanghoheng 14-4-2026 01:31 PM
she ni hot..
body sexy..
lawa pulak tu
Quote apedehal 14-4-2026 01:59 PM
Dia dgn sanaz sesuai...sanaz xnk ngorat ke, ada la sikit iras dgn k.nab tp bertiang lg helok
Quote Sendawg 14-4-2026 02:06 PM
Bismillahirahmanirrahim. Tapi saya hanya rakyat marhaen.
Quote KamikuP 14-4-2026 02:37 PM
Sheolls menari seksi
Quote Bedak_Carrie 14-4-2026 02:39 PM
Lawa... Tenang... Hal sendiri... Tak bingit.
Insyaallah ada jodohnya.
Quote Tinot7 14-4-2026 02:49 PM
Aritu bkn ka dgn nanaz?
Quote BungaKencana 14-4-2026 02:52 PM
Sendawg replied at 14-4-2026 02:06 PM
Bismillahirahmanirrahim. Tapi saya hanya rakyat marhaen.

cpt laaa mulakan langkahhhhh pendekarr
Quote telracs 14-4-2026 03:19 PM
Sendawg replied at 14-4-2026 02:06 PM
Bismillahirahmanirrahim. Tapi saya hanya rakyat marhaen.

Belum cuba belum tahu...
Quote telracs 14-4-2026 03:20 PM
BungaKencana replied at 14-4-2026 02:52 PM
cpt laaa mulakan langkahhhhh pendekarr

Saya sokong.
Quote Temenung 14-4-2026 03:20 PM
apedehal replied at 14-4-2026 01:59 PM
Dia dgn sanaz sesuai...sanaz xnk ngorat ke, ada la sikit iras dgn k.nab tp bertiang lg helok

Penah je dgn mamu sekejap pastu xde dah kot

Masa pkp dulu
Quote apedehal 14-4-2026 03:32 PM
Temenung replied at 14-4-2026 03:20 PM
Penah je dgn mamu sekejap pastu xde dah kot

Masa pkp dulu

Lahhh yeke...ketinggalan jugak meol bab2 retis bercinta ni
Quote BungaKencana 14-4-2026 03:32 PM

sy da tgk sendawg ni mcmana orgnye..tp sy tak follow dia & ID thread pun da lupa tp sy sokong dia ngurat azira sbb tgk pd aktiviti yg dia buat mmg sesuai benerrr dgn azira.
Quote Temenung 14-4-2026 03:48 PM
apedehal replied at 14-4-2026 03:32 PM
Lahhh yeke...ketinggalan jugak meol bab2 retis bercinta ni

Masa tu si jira on off dengan ex dia.tp sempat la ngan mamu kejap

Rasa ramai xtau pun diaorg ni dulu.netz yg tau panggil diaorg kapel pkp sbb diaorg rapat masa pkp
Quote apedehal 14-4-2026 03:49 PM
Temenung replied at 14-4-2026 03:48 PM
Masa tu si jira on off dengan ex dia.tp sempat la ngan mamu kejap

Rasa ramai xtau pun diaorg n ...


Begitu ceritanyaa..meol komen ni pun sbb ritu ada tertengok iklan baju raya bln bintang ada sanaz n azira ni..sesuai je
Quote Temenung 14-4-2026 04:07 PM
apedehal replied at 14-4-2026 03:49 PM
Begitu ceritanyaa..meol komen ni pun sbb ritu ada tertengok iklan baju raya bln bintang ada sanaz  ...

Xtau la skarang get back blk ke x lepas jd duta bulan bntang ni.kot la cinta bertaut blk

Tp diaorg x jadi dulu pun masih elok je follow each other.si mamu tu rilek je komen2 lg kat gambar jira smpai skarang


Quote sukanyanyi 14-4-2026 04:14 PM
Sendawg replied at 14-4-2026 02:06 PM
Bismillahirahmanirrahim. Tapi saya hanya rakyat marhaen.

Uols, jgn la jd salah sorang yg takut mendekati sheols tu..tau.. meols doakan yg terbaik utk uols
Quote sukanyanyi 14-4-2026 04:17 PM
Temenung replied at 14-4-2026 03:48 PM
Masa tu si jira on off dengan ex dia.tp sempat la ngan mamu kejap

Rasa ramai xtau pun diaorg n ...

Tau pasal ni tp dah lupa terus, until la today baca blk kat sini. Maaf tp masa tu meols disapproved.. takot mamu garang, manakala jira ni nampak lembut

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2026 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.113808 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top