|
Pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tareq Fit menjadi perhatian apabila meluahkan rasa kesal terhadap selebriti terkenal, Azad Jasmin yang didakwa menggelar ibunya dengan panggilan tidak baik. Menerusi hantaran di Threads, Tareq berkata ianya terkecetus selepas memberi nasihat kepada Azad mengenai kandungan hiburan yang boleh merosakkan akhlak. Bagaimanapun, Tareq mendakwa Azad mengaitkan ibunya dengan perkara tidak baik. “Ni ke akhlak seorang artis yang korang sokong? Kurang ajar betul, aku tegur pasal jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang, kau dah tua, jangan rosakan akhlak ummah. “Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tak elok langsung. Percaya bila aku cakap pasal geng-geng hiburan haram ni, mengejek pasal kubur Astagfurallah alzeem,” tulisnya.
Dalam hantaran berkenaan, Azad dilihat membalas dengan memanggil ibu Tareq sebagai ‘mak ang’. “Hang tanya aku halal atau tidak bukan? Jawapan aku ringkas saja, ‘mak ang’. Sekali lagi nak pesan, sebelum hang nak menunggang, fikir-fikirlah ‘mak ang’ nah. “Kasihan tau, sebab anak menunggang, ‘mak ang’ yang kena tanggung. Ish, parah dah kau ini,” tulisnya. Perkongsian Tareq itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang beranggapan jawapan balas Azad keterlaluan kerana melibatkan ahli keluarga. Tidak kurang juga, ada yang mahu memboikot stesen radio dikenalikan Azad susulan tindakannya itu. |
annehuda replied at 14-4-2026 12:56 PM
maap ckp la si tareq ni bukan org malaysia pun. camne die ni yg mmg pendatang tetiba masuk malaysia ...

Kaktusmati replied at 14-4-2026 06:12 AM
tarik ni memang annoying. tapi si azad ni macam terencat gak mak ang mak ang... aku tak faham apa ya ...
KamikuP replied at 14-4-2026 12:22 PM
Tapi betul ke si mak toreq ni GRO? mana si Azad ni tau..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038112 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.