CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya mahu USD1 Bilion dan wanita paling cantik untuk jadi isteri saya - Ketua Angkatan Pertahanan Uganda buat tuntutan terhadap Turkey

13-4-2026 08:49 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3856| Komen: 29

 



KAMPALA – Ketua Angkatan Pertahanan Uganda, Muhoozi Kainerugaba, mencetuskan kontroversi antarabangsa apabila didakwa membuat tuntutan luar biasa terhadap Turkey, termasuk bayaran sebanyak USD1 bilion serta seorang wanita yang digelarnya sebagai “paling cantik di negara itu” untuk dijadikan isteri.

Muhoozi, yang juga anak kepada Presiden Uganda, Yoweri Museveni, mendakwa negaranya tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya atas sumbangan dalam usaha keselamatan serantau, khususnya di Somalia.

Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi platform X (Twitter), beliau menegaskan Uganda berhak menerima pampasan kewangan susulan peranan aktif negara itu dalam misi keselamatan di rantau tersebut.

Lebih mengejutkan, Muhoozi turut memberi amaran keras bahawa Uganda akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Turki serta menutup kedutaan negara itu di Kampala dalam tempoh 30 hari sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi.

Dalam siri hantaran sama, beliau turut mengkritik penglibatan Turki dalam projek perniagaan dan pembangunan infrastruktur di Mogadishu, termasuk pengurusan pelabuhan dan lapangan terbang, yang menurutnya memberi manfaat besar kepada Ankara tanpa mengambil kira sumbangan Uganda.

Kenyataan paling mencetuskan kecaman adalah apabila beliau secara terbuka meminta Turki menyerahkan “wanita paling cantik di negara itu” untuk dikahwini, satu permintaan yang dianggap tidak wajar dan mencerminkan sikap tidak profesional seorang pegawai tinggi tentera.

Setakat ini, pihak Turki belum mengeluarkan sebarang maklum balas rasmi berhubung kenyataan berkenaan.

Kontroversi ini dijangka memberi kesan terhadap hubungan diplomatik kedua-dua negara serta mencetuskan perdebatan mengenai etika dan peranan pegawai tentera dalam komunikasi awam.

Sumber : MyNewshub


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manopBKK 13-4-2026 09:03 AM

Quote Samerosie 13-4-2026 09:05 AM
Borong gam cap senapang kut dia ni.
[attach]2962696[/attach]
Quote Samerosie 13-4-2026 09:05 AM
Borong gam cap senapang kut dia ni.
1000105801.jpg
Quote kotakbaju 13-4-2026 09:11 AM
Samerosie replied at 13-4-2026 09:05 AM
Borong gam cap senapang kut dia ni.

Jap, apa kene mengena beli gam dengan citer dia ni
Quote kotakbaju 13-4-2026 09:13 AM
Misai tu huii cam seram
Quote s@s@ 13-4-2026 09:24 AM
macam sulu ja perangai.... boleh claim je la, dapat nye x
Quote KamikuP 13-4-2026 09:32 AM
Mujur dia taknak pompuan Malaysia sbb rata2 dah jadik acik kertu andalusia yg berkuntum kat porem ni.. ekekek
Quote pejol 13-4-2026 09:41 AM
bengong nye lahhhh
Quote swateng1 13-4-2026 10:01 AM
kau pun hodoh, nak wanita paling cantik. tak lalu weyyyy
Quote cmf_almondpecan 13-4-2026 10:13 AM
Nampaknya Uganda agak berpengalaman dengan pemimpin2 OTC termasuk Idi Amin.
Quote Decaffeinated 13-4-2026 10:26 AM
Mana lah TT dapat berita ni. Suka hati ja sebar sampah.
Quote piyek92 13-4-2026 10:48 AM
ni yg nak jadi barua israel yg cakap boleh kalahkan iran dalam 2 minggu tu... yakin je perempuan lawa nak ko geli tengah misai dah macam anjing laut
Quote Firenzza 13-4-2026 12:06 PM
Kat Uganda dh x de wanita cantik ke? Hahaha.....turki tu dh Le muka Europe kawin montot kuali jd kopi susu gamaknya....bdw mamat ni la kot yg ckp blh tewaskan Iran dlm 1 hari.....aje gampang betul la
Quote Purestteam1 13-4-2026 02:08 PM
kotakbaju replied at 13-4-2026 09:13 AM
Misai tu huii cam seram

teringat misai lando...haha
Quote kemaruk 13-4-2026 02:37 PM
boleh je.. hantar perisik turki jadi isteri

pastu pada malam pertama, gigit totey si Muhoozi ni sampai putus

ni pon nak bangkem ajar je
Quote Blu3butter 13-4-2026 05:15 PM
Misai dia bentuk M besar..  sesuai dgn namanya
Quote Jitu 13-4-2026 05:17 PM
tu dia bkn besher2 taste dia
Quote Jitu 13-4-2026 05:22 PM
KamikuP replied at 13-4-2026 09:32 AM
Mujur dia taknak pompuan Malaysia sbb rata2 dah jadik acik kertu andalusia yg berkuntum kat porem ni ...

sebut andartu je mesti teringat ipan
lama dah dia menghilang
kena kifarah kerana doa2 andartu yg makbul mungkin
Quote kotakbaju 13-4-2026 06:53 PM
Purestteam1 replied at 13-4-2026 02:08 PM
teringat misai lando...haha

Lando punya misai ok lagi nampak kemas.

1000032797.jpg

Yang mamat uganda ni hish ntah la seram pun ada, geli pun ada

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2026 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.395094 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top