CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasrat Amirul Raziq jadi komando seperti bapanya, tak kesampaian – Rakan

12-4-2026 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2191| Komen: 18

 


TAMPIN – Anggota tentera, Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, pernah meluahkan rasa kesalnya tidak lulus ujian asas menjadi komando seperti mana bapanya, Rosafindi Tambi Chik, 49, kepada rakan-rakan semasa menuntut ilmu di Kolej Vokasional (KV) Port Dickson.

Rakan Allahyarham Muhammad Amirul Raziq, Muhammad Afham Hafiz Adzhar, 24, yang datang ke Felda Sungai Kelamah dari Perak berkata, luahan itu diberitahu sebelum hari raya lalu.

“Arwah memang minat jadi tentera, lebih-lebih lagi bergelar komando seperti ayahnya. Hajat arwah, dia nak jadi komando tapi tak lepas. Kami yang duduk satu asrama dengannya sentiasa bagi sokongan padanya untuk mencapai cita-citanya itu.

“Malah, kira-kira lima orang rakan juga hadir meraikan allahyarham semasa tamat latihan pada 15 September 2024 yang lalu. Bila jadi macam ni, saya agak terkilan kerana tak sempat nak melawat semasa di Hospital Temerloh,” katanya ketika ditemui pemberita, di Masjid Kariah Felda Sungai Kelamah, di sini sebentar tadi.


Kira-kira 10 rakan arwah semasa belajar di KV Port Dickson hadir menunggu upacara pengebumian jenazah arwah yang dijangka sekitar pukul 2 pagi ini.

Muhammad Amirul Raziq yang disahkan meninggal dunia 9.34 pagi tadi selepas dua minggu menerima rawatan di Hospital Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh di Pahang susulan kecederaan selepas dipercayai dipukul dalam kejadian di Kem Tentera Batalion 25 RAMD, Bentong, Pahang.

Terdahulu, mangsa dilaporkan parah dipercayai dipukul suspek yang disyaki berpunca daripada ketidakpuasan hati berhubung kerja pembersihan dalam kejadian pada 31 Mac lalu.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 12-4-2026 01:16 PM
Salam takziah
Quote hart_attack 12-4-2026 02:40 PM
Harap dapat keadilan utk kes ni.
Takziah kpd keluarga arwah.
Quote Blu3butter 12-4-2026 02:54 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Bodow le sapa yg buat tu... Hilang tenaga muda yg sanggup pertaruh diri utk negara. Bukan senang org nak jd askar ooo
Harap lekat 302
Quote kemaruk 12-4-2026 03:13 PM
Macam2 hal sekarang ni kan
Quote mejaputih 12-4-2026 05:55 PM
Blu3butter replied at 12-4-2026 02:54 PM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Bodow le sapa yg buat tu... Hilang tenaga muda yg sanggup pertaruh di ...

Kan...kita2 ni x sanggup nk jadi askar...lagi2 cita2 dia nk jd komando..sure dia dh prepare mentally dan physically cuma x sampai lg tahap yg boleh lulus...i am sure bkn keje sorang je..
Quote mejaputih 12-4-2026 05:59 PM
Mmg ramai askar2 kat ramd lain marah kes ni, mencemarkan ramd, jadi kes mcm zulfarhan..
Quote b_n_c 12-4-2026 06:42 PM
innalillahiwainnailaihirajiun

bangang mana lah yg buat anak org mcm ni..

semoga kau mampus kena belasah jgk..

bodo xde otak
Quote nadie90 12-4-2026 08:12 PM
Xabis2 buli smpai bunuh anak org
Quote awanearisu 12-4-2026 08:25 PM
Salam seksyen 302

https://www.kosmo.com.my/2026/04 ... idakwa-seksyen-302/
Quote dani-rox 12-4-2026 10:16 PM
Mula2 je 302, tp pastu pas turun naik mahkamah, buat rayuan apa ke lancau dpt lah penjara 10thn.
Quote Blu3butter 12-4-2026 10:36 PM
mejaputih replied at 12-4-2026 05:55 PM
Kan...kita2 ni x sanggup nk jadi askar...lagi2 cita2 dia nk jd komando..sure dia dh prepare mental ...

Dasat sgt kalau sorg je yg buat. Kalau yg sorg tu kapla blh caya kalau sekadar bishe2 mmg meragukan
Quote Blu3butter 12-4-2026 10:37 PM
dani-rox replied at 12-4-2026 10:16 PM
Mula2 je 302, tp pastu pas turun naik mahkamah, buat rayuan apa ke lancau dpt lah penjara 10thn.

Yg tu yg tak nak... Dimanakah keadilan dlm duniya yinni
Quote liyamariska 13-4-2026 03:00 AM
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Quote mejaputih 13-4-2026 07:17 AM
dani-rox replied at 12-4-2026 10:16 PM
Mula2 je 302, tp pastu pas turun naik mahkamah, buat rayuan apa ke lancau dpt lah penjara 10thn.

Erm...ada kes benar penjara 5 thn je weih....
Quote lostnfaun 14-4-2026 07:47 AM
Pelik takkan yang buat sorang je? Ada yang dilambung hitam kan ke?
Quote supernaturalee 14-4-2026 08:10 AM
awanearisu replied at 12-4-2026 08:25 PM
Salam seksyen 302

https://www.kosmo.com.my/2026/04/11/koperal-askar-didakwa-pukul-amirul-raziq-dida ...

selayaknya





Quote mejaputih 14-4-2026 08:53 AM
lostnfaun replied at 14-4-2026 07:47 AM
Pelik takkan yang buat sorang je? Ada yang dilambung hitam kan ke?

masa arwah cedera tu yg last pukul yg akan ditangkap. tp ni sebab dah jadi kes bunuh, mmg akan dicari geng2 dia, for sure bukan keje sorg...silap2 ada penglibatan pegawai atas sekali.
Quote lostnfaun 16-4-2026 07:52 AM
mejaputih replied at 14-4-2026 08:53 AM
masa arwah cedera tu yg last pukul yg akan ditangkap. tp ni sebab dah jadi kes bunuh, mmg akan dic ...

Oo, macam tu ke.. patut tengok sorang je kena reman.

Kira asbab kematian arwah, mereka semua yang terlibat standby la siap². Kalau tak kesian juga sorang je yang kena.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2026 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.053743 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top