|
Susulan tubuhnya dilihat semakin kurus, ada segelintir individu menuduh penyanyi dan pelakon Andi Bernadee mengambil barang terlarang. Tampil menjawab tuduhan netizen itu, Andi berkata dia berdepan masalah kesihatan dikenali sebagai penyakit graves iaitu gangguan autoimun. Menjawab komen netizen di Instagram, Andi berkata sehingga hari ini dia masih berulang alik ke hospital dan penyakit tersebut menyebabrkan berat badannya turun mendadak. Memetik Harian Metro, Andi berkata pada awalnya da menyangka gejala dialaminya termasuk sesak nafas degupan jantung laju sehingga terjaga daripada tidur dalam keadaan berpeluh berpunca daripada tekanan kerja.
“Masa itu saya anggap mungkin stress (tekanan) sebab sibuk dengan album yang ambil masa lama untuk disiapkan. “Bila buat persembahan, saya ada masalah pernafasan, nafas jadi pendek. Tangan dan kaki pula menggeletar, kadang-kadang rasa sejuk. “Pegang telefon pun tangan menggigil, bawa kereta pun kaki nak tekan pedal minyak jadi sukar sebab ‘shaky’. Saya ingat mungkin ketika itu saya kena ‘anxiety’,” katanya. Dalam pada itu, Andi berkata kesihatannya semakin baik, namun masih bergantung kepada ubat-ubatan. Tambahnya seandainya pembedahan membuang kelenjar tiroid dilakukan dia perlu mengambil ubat seumur hidup. “Doktor ada cadangkan pembedahan, tetapi saya pilih untuk makan ubat. Kalau buang kelenjar tiroid, saya kena makan ubat seumur hidup dan tidak boleh langkau (makan ubat). “Kalau tidak makan ubat, saya tidak boleh bernafas, paru-paru boleh berhenti dan boleh membawa maut,” katanya. Sumber – Harian Metro, Rotikaya |
Zezo replied at 12-4-2026 01:10 PM
Just tertanya² la. Hyperthyroid ni boleh didiagnosis selewat gini. Sb dia sebelum ni berisi elok je ...
Lula2 replied at 12-4-2026 08:01 PM
Kawan I diagnose masa 39-40 tp hypothyroid.
Asal pegi check sebab depress. Depress antara symptom ...
lanacondor replied at 12-4-2026 05:32 PM
Jiran meolz meninggal sb sakit ni.. igt sakit ni xbahaya.. kene sentiasa buat checkup la gini..
Zezo replied at 12-4-2026 08:23 PM
Ohh. Kira benda ni boleh trigger bila² masa.
sayawifenikmie replied at 12-4-2026 02:54 PM
anak saya pula hipothiroid .. kesan sebalik .. anak saya put on weight .. naik berat badan .. banyak ...
Missjass replied at 12-4-2026 08:34 PM
biasanya simpton tiroid ni lebih kurang anxiety la berdebar2, berpeluh tu biasa orang check ingat ...
lanacondor replied at 12-4-2026 05:32 PM
Jiran meolz meninggal sb sakit ni.. igt sakit ni xbahaya.. kene sentiasa buat checkup la gini..
Zezo replied at 12-4-2026 01:10 PM
Just tertanya² la. Hyperthyroid ni boleh didiagnosis selewat gini. Sb dia sebelum ni berisi elok je ...
AWEKSAMURAI replied at 12-4-2026 10:17 PM
Itu aku .. x makan pun gemok hahaha aku ni dari 54kg pegi ke 120kg naseb aku tggi xde nampak badak ...
sayawifenikmie replied at 13-4-2026 12:06 AM
hipotiroid jugak ke sis ?
memang tak boleh kurus balik ke macam mana ?
kesian my son ..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-6-2026 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.467867 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.