|
Suami kepada pelakon Julia Farhana iaitu Dr Che Muhammad Hafiz menafikan dakwaan mengatakan rumah tangganya bersama isteri berantakan. Memetik Oh Bulan, Dr Che Hafiz berkata dia bersama isteri dalam keadaan baik-baik saja namun mengakui setiap rumah tangga pasti ada pasang surut serta meminta mendoakan yang baik-baik. “Saya pun tak pasti sebenarnya macam mana boleh timbul spekulasi. Saya dengan Julia baik-baik saja. “Biasalah dalam rumah tangga mesti ada pasang surutnya. Rumah tangga mana saja tak ada ujian. Saya minta semua doakan yang baik-baik saja,” katanya. Sementara itu, Che Hafiz turut menafikan dakwaan dia dan Julia beraya berasingan sebaliknya hanya tidak berkongsikan gambar sahaja. “Kami ada saja beraya, cuma tak kongsi gambar. Saya tak nak komen lebih-lebih. Biasalah bila timbul spekulasi kita perlukan masa untuk bertenang.
“Walau apa saja kita buat ada baik dan buruknya. Kalau nak cakap saya gelak bila dengar spekulasi itu macam meremehkan pula. Kita ambil perkara tersebut dari sudut yang positif,” katanya. Pada hari raya baru-baru ini, timbul tanda tanya apabila Che Hafiz memuat naik foto bersama ibu namun kelibat Julia tidak kelihatan. Untuk rekod, Julia dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2022 dalam satu majlis tertutup. Sumber – Oh Bulan, Rotikaya |
aina_shaira replied at 12-4-2026 11:30 AM
Tengok julia ni bijak tutur kata, teratur je, cuma berlakon tak best
KamikuP replied at 12-4-2026 03:56 PM
Tapi masa raya haritu bukan main ko post gambo dgn pelakon lelaki tu bole le pulak?? ekekeek
bedahmenjuyah replied at 12-4-2026 11:03 PM
Sapa yg post tu? Si suami ke?

LemonGourmand replied at 12-4-2026 11:31 PM
Pengajarannya ialah kalau kahwin dengan duda, tak payah masuk campur atau ulas lebih2 pasal hal dia ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-7-2026 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.071850 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.