|
Penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mencuri tumpuan ramai selepas memuat naik fotonya bersama Ina Naim dan anaknya, Hadie.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, tidak ketinggalan menitipkan ucapan selamat pengantin baharu kepada bekas tunangnya itu. “Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina Naim. Moga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya. Hantaran tersebut dibanjiri komen netizen yang teruja dan gembira melihat ukhuwah terjalin antara mereka. “Bila dua-dua berlapang dada dan berhati suci, Insya-Allah yang baik-baik mengiringi. Ini baru betul ‘world’,” komen netizen. Ada juga netizen yang berseloroh mungkin mereka berdua akan menjadi besan satu hari nanti. “Tak ada jodoh. Mana tahu kot-kot nanti jadi besan. Maaf gurau sahaja,” komen netizen. Turut kelihatan dalam foto itu suami baharu Ina iaitu Mohd. Khairul Rizal Mohd. Shukor Netizen turut mencadangkan agar Mawi menghasilkan lagu duet bersama Hadie yang merupakan bekas peserta Talk To My Manager musim pertama. Untuk rekod, Mawi dan Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd. Naim, 42, pernah mengikat tali pertunangan lebih 20 tahun lalu sebelum Mawi menyertai AF3. Bagaimanapun, ikatan itu terlerai pada tahun 2006. Kisah perpisahan mereka mendapat liputan meluas kerana populariti Mawi yang luar biasa ketika itu. Ina akhirnya bertemu jodoh dengan penyanyi nasyid iaitu Allahyarham Suhaimi Saad pada 2007 manakala Mawi pula berkahwin dengan pelakon, Ekin Rahmat pada tahun berikutnya. Sumber - KOSMO! ONLINE
|
babelina replied at 10-4-2026 05:24 PM
eh.. bkn Ina naim dh lama kawin ker..
babelina replied at 10-4-2026 05:24 PM
eh.. bkn Ina naim dh lama kawin ker..

Haibara-san replied at 10-4-2026 01:46 AM
laki yg dulu dah meninggei. harap2 laki baru ni tak la segila laki yg dulu
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
19-5-2026 12:05 AM GMT+8 , Processed in 0.041718 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.