CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tokong tertulis kalimah Allah sudah dirobohkan pagi ini

10-4-2026 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1914| Komen: 9

 


JASIN – Semua peralatan penyembahan di sebuah tokong yang terletak di Jalan Jeti Anjung Batu – Pantai Siring di sini telah pun dikeluarkan oleh pemilik sebelum kerja-kerja perobohan dilaksanakan pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, tindakan itu dilakukan susulan persetujuan dicapai antara wakil pemilik tanah dan agensi terlibat semalam.

Menurutnya, langkah mengeluarkan peralatan penyembahan itu penting bagi menghormati sensitiviti penganut agama lain sebelum proses perubahan tapak dijalankan.

“Seperti yang dijanjikan semalam, bahan-bahan suci bagi penganut agama lain perlu dikeluarkan terlebih dahulu sebelum kita laksanakan proses perubahan.

“Hari ini kita dapat saksikan sendiri semua bahan sembahan suci telah pun dikeluarkan oleh pemilik tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja merobohkan dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! dilokasi mendapati kerja-kerja merobohkan dilaksanakan kira-kira pukul 10 pagi tadi sebelum berakhir 30 minit kemudian.

Beliau berkata, pengesahan turut diterima daripada pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Minyak selepas berhubung dengan pemilik terbabit.

“Apabila semua bahan suci telah dikeluarkan, maka proses perubahan tapak ini boleh dilaksanakan kerana ia bukan tokong berdaftar. Proses ini turut disaksikan wakil Pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan ia berjalan mengikut tatacara yang ditetapkan,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berharap garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pencerobohan tapak ibadat tidak sah dapat diperkemaskan bagi mengelakkan isu sama berulang.

Katanya, pengalaman lalu dalam mengiktiraf sebuah tapak ibadat bukan Islam yang sah boleh dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.


Sumber - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 10-4-2026 05:04 PM




Quote adm7 10-4-2026 07:15 PM
Sebenarnya boleh je kan kalau takda campur tangan ahli politik bangsat?
Quote tungkai 10-4-2026 07:48 PM
Ni datuk kong..
Quote Firenzza 10-4-2026 08:51 PM
Pernah masuk 1 kedai kt bkt bintang ada patung dlm tokong siap  pakai baju melayu songkok bagai
Quote cmf_almondpecan 10-4-2026 09:33 PM
Firenzza replied at 10-4-2026 08:51 PM
Pernah masuk 1 kedai kt bkt bintang ada patung dlm tokong siap  pakai baju melayu songkok bagai


Perkara ni agak biasa di seluruh negara malah di Nusantara ni. Datuk yang dok dalam tokong tu melambangkan guardian kawasan tu so orang cina yang dok situ sembah semangat datuk tu supaya semuanya selamat dan berkat gitu. Ada yang sepasang laki bini pakai serban, ketayap atau tengkolok baju melayu macam tu la. Malah datuk kong memuja Karpal Singh pun ada.
Quote cmf_almondpecan 10-4-2026 09:36 PM
Katanya polis dah tangkap tukang tulis kalimah tu. Maksudnya bukan pemilik tokong yang tulis ke macamana.
Quote FOTHER-MUCKER 11-4-2026 12:35 AM
Orang melayu tak tulis perkataan Allah seperti itu.
Quote pocongkiutss 11-4-2026 07:40 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-4-2026 12:35 AM
Orang melayu tak tulis perkataan Allah seperti itu.

Mcm kel je stail dia
Quote nisako 14-4-2026 08:58 AM
mak aaaaaaaaaaiiiiiiiiiiiii

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2026 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.449651 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top