CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dulu TTC Sama Nelydia, Sekarang Saya Seorang Belum Ada Rezeki Anak” - Aprena Manrose

9-4-2026 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1175| Komen: 6

 



Pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian ramai apabila meluahkan perasaan mengenai perjalanannya untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi hantaran di Threads, Aprena berkata sebelum ini dia melalui fasa mencuba untuk hamil (TTC) bersama sepupunya pelakon Nelydia Senrose.



Lebih sebak apabila Aprena mengatakan kini tinggal dirinya sahaja yang belum diberikan rezeki cahaya mata serta tertanya-tanya bila gilirannya pula.

“Hi threads pipol! Nak meluah jap. Dulu saya and Nely (Nelydia) sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita.

“Now tinggallah saya sorang je yang belum ada rezeki anak. Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi ya Allah?” tulisnya.

Baru-baru ini, Nelydia mengumumkan berita gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil anak pertama sempena ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh.

Untuk rekod, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 namun sah bercerai pada Jun tahun lalu.

Sumber:– Rotikaya








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-4-2026 03:24 PM
Alalalalalaahhhhh.... happy je takleh ke... nak attention jugakkkk...
Kalau preggy sama-sama nanti mesti nak lebihhhhh... nak pick me...
Quote zuriey 9-4-2026 05:35 PM
Bukan sheols udah cerai?
Siapa pula nak masukkan sperm
Quote Goodluckdontcry 9-4-2026 06:11 PM
Dlm quran sendiri, Allah SWT berfirman..ada wanita yg diberi rezeki blh beranak pinak..anaj lelaki atau anak perempuan atau kedua2 nya..bahkan ada wanita dicipta mandul..jd knp selalu menjadi isu dan akhirnya berkeluh kesah seolah2 tak dpt terima takdir Allah SWT..bahkan Allah SWT sendiri berfirman..kadar rezeki dan rezeki msg2 sudah ditentukan sesuai dgn setiap diri..jd sapa la kita nk soal itu ini..yg kita blh buat..usahala semampu kita..jgn banding dgn org lain..byk berdoa..dan akhirnya redha dgn qada dan qadar yg dah Allah SWT tentukan ke ats diri kita..jd insyaAllah xdela kita ni jd suka berkeluh kesah walaupun manusia mmg dicipta suka berkeluh kesah... tenang2 la dik..cuma nya..den nasihat, mulut ko dik jgn over sgt menceceh bila ada sesuatu isu...diam2 sudah..
Quote virgocircus 10-4-2026 07:06 AM
Sheols dah cerai kan? Lepasni bila kawin baru, dia n pasangan kena buat ujian kesuburan la. Jgn harap pompan je yg kena usaha
Quote mawardia 11-4-2026 10:43 PM
Dah serai kan aritu?
Nikah balik.
Main.
Kalau takde laki mana nak cari sperm.
Apo.
Luahan mintak attention.
Quote Missjass 12-4-2026 07:22 AM
virgocircus replied at 10-4-2026 07:06 AM
Sheols dah cerai kan? Lepasni bila kawin baru, dia n pasangan kena buat ujian kesuburan la. Jgn hara ...

Mungkin rezeki anak dia dengan pasangan baru nanti, macam siti saleha tu 1st marriage lama juga tak dapat anak then cerai kahwin baru 1st anniversary dengan baby dah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2026 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081943 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top