|
Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata dia kini lebih selekfit dalam menerima tawaran lakonan terutama jika melibatkan babak bersentuhan dengan pelakon berlainan jantina.
Memetik HibGlam, Aaron berkata usianya kini sudah mencecah 50 tahun dan mahu menjaga batasan sebagai seorang Muslim namun mengakui bukan mudah kerana memenuhi kehendak pengarah. “Kalau boleh saya dah tak nak bawa babak dukung dan bersentuhan. Kalau sentuh pun ada halal ‘gap’, berbaju, berlapik dan tak kena kulit. “Saya pun dah masuk 50-an. Mana tahu kubur sudah memanggil, kena jagalah,” katanya. Sementara itu, Aaron berkata dia sudah lama cuba mengurangkan babak intim serta lebih tegas untuk pastikan lakonan tidak melampaui batas. “Sebenarnya dah lama cuba, kadang-kadang kena faham ‘screen play’, pengarah dan terpaksa buat. Tapi tak adalah keterlaluan macam dulu peluk-peluk atau rapat-rapat. Selagi boleh ‘cheat’ kita buat. “Pihak produksi faham sebab kontrak dengan manusia, kita jaga tapi kontrak dengan Allah tak jaga,” katanya. Sumber: HibGlam,Rotikaya
|
prince_marhaen replied at 9-4-2026 03:26 PM
Alahhhhhhhhhhhh.. kau pun dah macam2 penyakit, slip disk lah..jantung lah... itu ini...dah bertahun ...

L.U.S.M replied at 9-4-2026 10:39 PM
Elokla dia tolak..at least dia sedar diri..ank pun dh besar...Dh level Datuk pun...Dr Rosham Noor ...
prince_marhaen replied at 13-4-2026 09:12 AM
Ahahahahahahaha yang si tua sekor ni memang jarang guna otak... off set memang mulut kalah bapok y ...



menjad replied at 13-4-2026 11:50 AM
baru tengok citer banduan... gitulah jer lah corak lakonan
alien88 replied at 13-4-2026 12:37 PM
best tak uolls citer banduan tu? iolls suka yg versi tamil tp bila tau bang aaron berlakon terus j ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-6-2026 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.377396 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.