|
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan penurunan harga minyak mentah global ketika ini belum diterjemahkan kepada penurunan harga di pam. Menerusi hantaran di Facebook kementerian berkenaan, harga runcit bahan api tidak ditentukan berdasarkan harga pasaran semasa, sebaliknya mengambil kira purata harga minggu sebelumnya. Menurut kementerian itu, bekalan bahan api yang digunakan ketika ini juga dibeli pada harga yang lebih tinggi sebelum ini, sekali gus masih mempengaruhi harga semasa di stesen minyak. “Harga minyak global melonjak naik mendadak selama lima minggu menyebabkan kos meningkat termasuk insurans dan logistik. "Harga semasa masih mencerminkan kos bekalan terdahulu yang tinggi, sekitar AS$150 setong (petrol) dan AS$250 setong (diesel),” menurut hantaran MOF di Facebook, malam tadi. Walaupun berdepan tekanan kos tersebut, kerajaan tetap mengekalkan harga minyak bersubsidi bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara serta mengawal kenaikan harga barangan di pasaran. Terdahulu, MOF memaklumkan harga subsidi RON95 di bawah Program Budi MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 April ini, manakala harga runcit tanpa subsidi naik 40 sen kepada RM4.27 seliter. Bagi diesel, harga runcit bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, manakala harga tanpa subsidi di Semenanjung meningkat 70 sen kepada RM6.72 seliter. Sumber :– Buletin TV3 |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-7-2026 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.035060 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.