|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran keras kepada mana-mana negara yang membekalkan senjata kepada Iran dengan mengancam untuk mengenakan tarif segera sebanyak 50 peratus ke atas semua barangan yang dijual ke AS.
Trump dalam kenyataan di platform Truth Social menyatakan, mana-mana negara yang menyalurkan senjata ketenteraan kepada Iran akan dikenakan tarif menyeluruh tanpa sebarang pengecualian atau kelonggaran. Trump menegaskan tindakan itu berkuat kuasa serta-merta dan merangkumi semua jenis barangan yang dieksport ke AS. Dalam perkembangan sama, Trump memaklumkan pentadbirannya sedang mengadakan perbincangan berkaitan tarif dan kemungkinan pelepasan sekatan terhadap Iran. Perkara itu dinyatakan beberapa jam selepas Presiden AS itu mengumumkan gencatan senjata sementara dengan Tehran, yang bersetuju membuka semula Selat Hormuz buat sementara waktu. Sumber :– Buletin TV3
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-6-2026 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.135107 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.