CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ancam hapus seluruh tamadun Iran, Demokrat desak singkir Trump

8-4-2026 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 603| Komen: 6

 



WASHINGTON – Wakil-wakil rakyat Parti Demokrat meluahkan kebimbangan mengenai kestabilan mental Donald Trump ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) itu mengeluarkan ancaman penuh sumpah seranah terhadap Iran serta menyeru agar beliau disingkirkan daripada jawatannya, lapor akhbar The Guardian.

Demokrat meningkatkan teguran mereka ketika presiden berusia 79 tahun itu menyampaikan ucapan yang disifatkan merapu dan tidak koheren, melontarkan penghinaan kebudak-budakan kepada sekutu AS dan dengan berani mengancam untuk melakukan jenayah perang. 

Beliau menggunakan catatan media sosial Ahad lalu untuk memberi amaran kepada Iran agar membuka Selat Hormuz dengan menggunakan perkataan ‘sialan’, atau mereka ‘akan hidup di neraka’.

Ancaman itu ditingkatkan semalam, dengan Trump menyebut bahawa ‘seluruh tamadun Iran akan mati malam ini (semalam)’ jika Tehran tidak memenuhi tarikh akhir terbaharunya untuk bersetuju dengan perjanjian yang merangkumi pembukaan semula Selat Hormuz.

Menjelang petang semalam, lebih 20 ahli Kongres Demokrat menyeru kabinet Trump untuk menggunakan pindaan ke-25 Perlembagaan untuk menyingkirkan presiden yang dianggap tidak layak memegang jawatan itu.

Rashida Tlaib dari negeri Michigan menulis di platform X: “Selepas mengebom sebuah sekolah dan membunuh gadis-gadis muda, penjenayah perang di White House mengancam pembunuhan beramai-ramai. Sudah tiba masanya untuk menggunakan Pindaan ke-25. Orang seperti ini harus disingkirkan daripada jawatan.”

Mark Pocan dari negeri Wisconsin menambah: “Pindaan ke-25 sekarang! Trump terlalu tidak waras, berbahaya dan tidak berada dalam keadaan yang baik untuk mempunyai kod nuklear!”

Yassamin Ansari, satu-satunya wakil Demokrat Iran-Amerika di Kongres berkata, beliau sangat kecewa dan terkejut dengan kekurangan tindakan daripada kabinet Trump.

“Wakil-wakil Republikan di Kongres hanya berdiam diri ketika Trump mengancam pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan pada dasarnya bercakap seolah-olah beliau berhasrat untuk menggunakan senjata nuklear di Iran.

“Saya menggesa Republikan untuk mengetepikan gabungan parti dan kesetiaan membuta tuli kepada Trump dan mengambil tindakan segera untuk menahannya,” kata Yassamin.

Meskipun Trump mengancam untuk menyasarkan infrastruktur awam di Iran yang melanggar undang-undang antarabangsa, bagaimanapun hanya segelintir wakil Republikan yang menyuarakan sebarang bantahan. Sebahagian besar dalam parti itu menyokong perang tersebut. – AGENSI 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 8-4-2026 07:00 PM
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Quote Purestteam1 8-4-2026 08:45 PM
"Mr Trump..  You're Fired"
Quote silance 8-4-2026 09:44 PM
Kalu atuk outed, aci komala take over ke? Tu pun sama hamba seroel. Masa kempen bukan main everything can for seroel. Podah.
Quote PULANGKAN 9-4-2026 12:38 AM
silance replied at 8-4-2026 09:44 PM
Kalu atuk outed, aci komala take over ke? Tu pun sama hamba seroel. Masa kempen bukan main everythin ...

itu la

bak kata omputeh, diorang terpaksa pilih, between greater evil, or lesser evil
tapi hujung2 semua jadi setan jua

absolute power corrupt, because the whole system is based on, money equal to power, and power equal to justice


Quote Dwdrum 9-4-2026 07:08 AM
Acik acik baru hidup socmed era... Not even 1% american population protest.... No king protest less than -10%....

Democrat losing liberation identity ter paksa act pro autocratic country sebab tidak in power ... Hehe...

For decades iran if ada capability mahu wipe out amerika... Konon amerika pilih more or less evil .. Lebih kepada isap gam ja....
Quote Minami2013 9-4-2026 08:02 AM
[tiktok]7624294910253927698[/tiktok]

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031423 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top