|
Kakak kepada seorang pelakon popular ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan dadah jenis syabu di dalam beg silang semalam.
Tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 50-an dan seorang lagi wanita tempatan berusia 40-an itu dilakukan sepasukan polis pada pukul 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Lembah Bujang Saujana, Bedong di sini. Pemeriksaan di dalam beg itu menemukan balutan plastik berwarna hitam yang diikat getah dan dua peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 5.45 gram. Dadah itu dijumpai pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Muda di atas katil dalam bilik di rumah berkenaan. Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut, namun ujian saringan air kencing mendapati mereka bebas dadah, malah kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod lampau. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu, kedua-dua suspek direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39(A)1 Akta Dadah Berbahaya 1952. Sumber :– KOSMO! ONLINE
|
Shayang replied at 8-4-2026 07:19 PM
Air kencing negatif
Btw belah kedah aku perasan mmg kuat ekk menda gini selain mengetum tu
BlackpingU replied at 8-4-2026 07:06 PM
Che ta kedah hihihi
Tapi tak mungkin lah siblings dia
AWEKSAMURAI replied at 8-4-2026 08:30 PM
Aku rasa kakak yg pelakon 7 hari. Mencintaimu yg jd perempuan ke tiga tu... Dia kan org alor setar ...

telracs replied at 8-4-2026 09:40 PM
Terus ku google senarai nama pelakon...
telracs replied at 8-4-2026 09:40 PM
Terus ku google senarai nama pelakon...
AWEKSAMURAI replied at 8-4-2026 08:30 PM
Aku rasa kakak yg pelakon 7 hari. Mencintaimu yg jd perempuan ke tiga tu... Dia kan org alor setar ...
AWEKSAMURAI replied at 8-4-2026 08:30 PM
Aku rasa kakak yg pelakon 7 hari. Mencintaimu yg jd perempuan ke tiga tu... Dia kan org alor setar ...
BungaKencana replied at 9-4-2026 09:16 AM
Warfarina? dia org ketiga utk musim ke 3 tak slh aku

prettyuglybabe replied at 9-4-2026 11:54 AM
tapi kat gugel beliau asal penang..plus takde la terkenal sangat
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-4-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.036314 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.