|
Didakwa menutup wajah bekas isteri Bella Astillah pada beberapa foto keluarga, penyanyi Aliff Aziz memilih untuk tidak mencampuri urusan hiasan dalaman kediaman ibu bapanya.
Aliff, 35, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan isu tersebut selain mempertahankan ibunya,Siti Hafiza Basharahil dengan menyatakan bahawa visual tersebut muncul tanpa disengajakan ketika sedang merakam ulasan beberapa kuih raya. “Sekali lagi, ini adalah perkara yang saya rasa tak sesuai untuk dikongsi. Itu adalah rumah mak ayah saya, terpulanglah kepada mereka apa hiasan yang mereka nak letak dalam rumah. “Umi (ibu) saya bukan sengaja, masa itu tengah buat reviu makan dan mungkin ramai orang yang ada masa untuk ‘freeze frame’ dan sebagainya. “Saya tak boleh komen banyak fasal dalam rumah mak ayah saya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI Raya di Andaman Grand Ballroom, semalam. Dalam masa sama, pelantun lagu Kalau Cinta itu menegaskan enggan membiarkan komen negatif mengganggu fokus utamanya ketika ini. “Setiap orang ada persepsi masing-masing. Kalau saya nak buat sesuatu dalam hidup mengikut kata orang, maka saya akan berada di tahap itu sahaja. “Saya sudah melakukan banyak perkara bodoh dalam hidup saya. Jadi sekarang ini saya perlu fokus untuk perbaiki diri,” ujarnya. Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan beberapa keping foto keluarga di kediaman ibu bapa Aliff di Singapura yang didakwa menutup bahagian wajah Bella. Perkara tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dan berang dalam kalangan peminat Bella yang menyifatkan tindakan Hafizah sebagai keterlaluan. Sebelum ini, Aliff mendirikan rumah tangga dengan pemilik nama lengkap Dayang Nabellah Awang Astillah pada 9 September 2016 namun bercerai pada 13 Jun 2024 selepas mendakwa bekas suaminya itu curang sebanyak 11 kali. Bella pada Ogos 2024 mendedahkan keluarga bekas suaminya itu juga tidak pernah memohon maaf, sebaliknya menyokong wanita yang memusnahkan rumah tangganya dengan Aliff. Sebelum itu, Bella dan Aliff juga pernah bercerai dalam rujuk dalam tempoh idah pada 2019. Sumber : - KOSMO! ONLINE
|
pinkpunk replied at 8-4-2026 01:04 PM
kenapalah org msia masih nk panggil dia ni?
pinkpunk replied at 8-4-2026 01:04 PM
kenapalah org msia masih nk panggil dia ni?
KamikuP replied at 8-4-2026 01:28 PM
Kenapalah mak Alip ni toksik ye...
azalia72 replied at 8-4-2026 01:11 PM
Yang benarnya ko tak payah jawab pun tak apa alif.
asfaz replied at 8-4-2026 01:15 PM
Kenapalah ramai org Malaysia masih percaya kat ex bini dia?

KamikuP replied at 8-4-2026 01:28 PM
Kenapalah mak Alip ni toksik ye...
Aneem replied at 8-4-2026 06:31 AM
Org lain toksik kemain nmpk, kemek yg narsis tu ada ke basstaik peduli? Tetaplah menyembah kemek m ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-4-2026 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.036589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.