CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha anggap perkahwinan adalah pinjaman dari Allah

7-4-2026 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 495| Komen: 2

 



"Perkahwinan juga pinjaman dari Allah SWT dan kita tak tahu Allah nak beri pinjam berapa lama. Tapi, sudah pasti kita mohon pada Allah semoga ia berkekalan," kata pelakon popular, Fasha Sandha.

Fasha berkata demikian ketika diminta mengulas perceraian yang membabitkan pasangan selebriti tanah air ketika ini.

Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 42, secara jujurnya, tiada perkahwinan yang sempurna kerana setiap pasangan mesti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

"Bagi saya, dalam sesebuah perhubungan (rumah tangga) mesti kena ada api dan air kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain.

"Kalau saya jadi api, Aidil (suami) pula akan jadi air begitu juga sebaliknya kerana kita tak sempurna. Setiap rumah tangga pasti akan ada dugaannya.

"Apapun, saya sangat bersyukur kerana kami sudah melayari bahtera rumah tangga bersama selama tujuh tahun," katanya.

Sementara itu, pelakon Aidil Aziz, 38, pula berkata, dia juga bersyukur kerana dikurniakan isteri seperti Fasha yang cukup memahami dan mereka saling melengkapi untuk menjaga keharmonian dalam rumah tangga.

"Sebenarnya, tidak semestinya rumah tangga pasangan artis sahaja yang berdepan cabaran kerana orang biasa pun pun ada ujiannya.

"Setiap dugaan yang datang adalah asam garam dalam rumah tangga. Kami sendiri sama-sama sibuk di lokasi penggambaran tapi kami saling memahami dengan kesibukan aktiviti seni masing-masing.

" Contohnya, saya datang lambat pada majlis ini kerana terbabit dengan penggambaran dan isteri sudah sedia maklum mengenai perkara itu," katanya.

Terdahulu, Fasha pernah berkahwin dengan usahawan, Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012. Namun, mereka bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 11.

Fasha kemudian bertemu jodoh dengan Aidil pada 9 Mac 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Aisha Amira yang berusia enam tahun.

Sumber : Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 7-4-2026 10:25 AM
can u stop komen on marriage wahai retis2 msia? iols taktau rasa mcm trauma kes cerai retis2 lately. entah sbnrnye retis2 ni suffer dlm silent or tak, even dlm socmed tunjuk bahagia serupa dok sorga.
Quote kayujaras 7-4-2026 11:10 AM
kalau wartawan suruh komen hal ekonomi negara, hal politik dunia.. mungkin dia tak boleh jawab.. jadi tanya laa soalan yang artis2 ni boleh relate dengan kehidupan masing2. lahipun itu yang peminat2 nak dengar kan..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-4-2026 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.025764 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top