|
Jika dulu raja-raja dikelilingi dengan dukun dan pawang diraja sebagai penasihat politiknya, kini Presiden Donald Trump juga memiliki dewan penasihat spiritual dari kalangan tokoh Evangelikal Kristian seperti Franklin Graham, Paula White, Robert Jeffress, Kenneth Copeland, Samuel Rodriguez dan ramai lagi.
Salah seorang penasihat rohani yang digemari oleh Trump ialah Paula White. Paula White ialah seorang Kristian Evangelikal berideologi Krisitan Nationalisme dan Kristian Zionisme. Sebelum ini dia terkenal dengan ajaran yang sering dikaitkan dengan konsep “prosperity gospel” iaitu mendapat kekayaan duniawi dengan melalui beberapa amalan Bible. Dia juga membawa kepercayaan bahawa sumbangan kewangan kepada gereja akan dibalas dengan keberkatan material dan kekayaan daripada Tuhan. Seolah-olah mempromosikan idea bahawa kekayaan boleh diperoleh melalui “iman yang dibuktikan dengan wang”. Kini, nama Paula White semakin mendapat perhatian global sebagai penasihat rohani kepada Donald Trump yang sering mencetuskan kontroversi yang hebat, termasuk dalam kalangan penganut Kristian sendiri. Dakwaan-dakwaan ganjil mengaitkan kepercayaan Kristian dengan tindakan politik Trump. Antaranya: 1) Mendakwa Kristian yang tidak menyokong Trump perlu “menjawab kepada Tuhan” - seakan-akan sesiapa menentang Trump bermaksud menentang kehendak Tuhan. 2) Menyamakan perjuangan Trump dengan Jesus 3) Mendakwa Trump dipilih oleh Tuhan 4) Mendakwa Trump menjalankan misi Tuhan 5) Menyeru bantuan “malaikat” kemenangan untuk Trump Kenyataan ini menjadi tular dan dipersoalkan dalam kalangan tokoh Kristian sendiri kerana dianggap tidak berasaskan teologi Kristian arus perdana. Dalam masa yang sama, dia juga sering mengaitkan sokongan politik dengan kehendak Tuhan, termasuk menyatakan bahawa orang Kristian perlu menyokong pemimpin tertentu iaitu satu pendekatan yang jelas menunjukkan percampuran antara agama dan kuasa politik. Inilah yang menjadikan dia figura yang kompleks. Di satu pihak, dia dilihat sebagai suara keagamaan yang berpengaruh dalam arus Evangelikal Amerika. Namun di pihak lain, kenyataan dan pendekatannya yang ekstrem, menyesatkan. Maka tidak hairanlah apabila tindakan Trump menjadi semakin gila disebabkan dikelilingi oleh para Kristian Ekstremis seperti Paula White dan barisan penasihat yang lain. Segala-gala kejahatan Trump akan “dihalalkan” oleh para penasihat rohaninya. Walaupun para penasihat Kristian itu tahu mengenai skandal dan masalah salah laku Trump. Seperti biasa, mereka akan mencari “dalil” dengan mengatakan bahawa “Tuhan boleh menggunakan sesiapa sahaja sebagai alat-Nya termasuk orang seperti Trump”.
|
Segala-gala kejahatan Trump akan “dihalalkan” oleh para penasihat rohaninya.

....pro MAGA kena kencing.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-4-2026 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.080332 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.