CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rita Rudaini fail pembelaan terhadap saman Muafakat - "Isu-isu yang dibangkitkan bukan perkara baharu"

6-4-2026 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 819| Komen: 12

 



Rita Rudaini memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan Yang Dipertua Badan Pemuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Nor dan Naib Yang Dipertuanya, Dr Saidah Haris @ Harith, hari ini.

Rita berkata, dia mengambil langkah undang-undang dengan memfailkan tuntutan balas terhadap kedua-dua plaintif berkenaan, selain menamakan peguam mereka sebagai defendan ketiga dalam tuntutan itu.

Menurut Rita, tindakan itu diambil susulan sidang media yang diadakan oleh kedua-dua plaintif bersama peguam mereka pada 7 Disember lalu yang didakwanya mengandungi kenyataan bersifat fitnah serta mengelirukan orang awam terhadap dirinya.

Rita menambah, sidang media berkenaan turut menggambarkan seolah-olah pertelingkahan membabitkan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi, sedangkan saman yang difailkan adalah atas kapasiti individu persendirian.


"Saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan Muafakat MRSM Sungai Besar sebagai sebuah organisasi. Malah, ketika ia diterajui oleh kepimpinan terdahulu iaitu pada 2022 hingga 2024, saya antara individu yang sentiasa memberi sokongan.

"Apa yang saya persoalkan adalah berkaitan kredibiliti kedua-dua plaintif secara individu. Jadi, mengapa keseluruhan Muafakat termasuk ahli jawatankuasa lain perlu tampil bersama dalam sidang media seolah-olah organisasi itu sendiri yang mengambil tindakan terhadap saya," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Rita turut menafikan dakwaan yang dibuat dalam sidang media berkenaan bahawa dirinya tidak pernah merujuk isu berbangkit kepada pihak plaintif sebelum membuat kenyataan di media sosial.

"Isu-isu yang dibangkitkan bukan perkara baharu. Saya bersama ibu bapa lain sudah lama mengemukakan aduan sejak kedua-dua plaintif memegang jawatan dalam Muafakat MRSM Sungai Besar.

"Namun, apa yang mengecewakan adalah kegagalan mereka untuk memberikan maklum balas yang sewajarnya dalam menangani aduan-aduan tersebut," katanya

Sementara itu, peguam mewakili Rita, Mohd Syakirin Syazwan daripada Tetuan Syakirin Syazwan & Co, mengesahkan pemfailan pembelaan dan tuntutan balas itu sudah dibuat mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Pada 6 Dis tahun lalu, media melaporkan, kedua-dua plaintif memfailkan saman terhadap Rita yang didakwa menyiarkan beberapa hantaran berunsur fitnah merujuk kepada mereka melalui akaun Instagram dan WhatsApp khususnya pada status aplikasi itu yang dimiliki defendan. 

Mereka mendakwa kenyataan fitnah itu yang diterbitkan di laman sosial peribadinya adalah tidak benar dan mendatangkan kerugian teruk kepada plaintif.

Kedua-dua plaintif dilapor mendakwa kenyataan defendan mempunyai unsur niat jahat apabila ingin menjatuhkan reputasi mereka, selain defendan mengambil langkah untuk melontarkan kenyataan fitnah itu secara semberono dan tanpa bukti yang kukuh.  


Sumber: Berita Harian
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 6-4-2026 05:05 PM
Tu diaa masih belum lagi kah selesai..
Quote cm_vungtau 6-4-2026 05:27 PM
Patut bukan ke awal2 sebelum saman boleh aje minta maaf? Kan dah terpaksa masuk pembelaan
Quote tukul 6-4-2026 05:53 PM
cm_vungtau replied at 6-4-2026 05:27 PM
Patut bukan ke awal2 sebelum saman boleh aje minta maaf? Kan dah terpaksa masuk pembelaan

Kan dah kena keluar duit bayar lawyer bayar pemfailan...byk duit eh acik ritrud ni
Quote Purplehaz 6-4-2026 05:58 PM
mulut dia ni mmg tunggu mase jer lg dulu, skg terlajak mulut mendapat lah. kes bakalan 5-6 tahun..ntah bila selesai.
Quote L.U.S.M 6-4-2026 06:01 PM
Pelik ehhh...dh la kalah bertanding...sebuk plk nk label2 org last2 kne saman...xnk accept plk..now tiba2 kata isu berbangkit...ape kaitan ko fitnah org tu dgn isu berbangkit?
Quote cm_vungtau 6-4-2026 06:06 PM
tukul replied at 6-4-2026 05:53 PM
Kan dah kena keluar duit bayar lawyer bayar pemfailan...byk duit eh acik ritrud ni

Bayar loyer aje kang sampai 40-50k pastu last2 settle luar. Patut mintak mahap je la pastu sambung kutuk belakang
Quote orkid_amani 6-4-2026 07:41 PM
L.U.S.M: Pelik ehhh...dh la kalah berta ...

Serius laa acikRR betanding jawatan YDP? Patut laa ada xtvt bersama parents dgn ank2 dulu tu..kes potluck dekat padang tu kn..tanya ja..melobi undi ka?
Quote asfaz 6-4-2026 09:44 PM
Kata nak up gambar cikgu mrsm lama anak tu dah up ke belum?

Mana2 pun gaduh aje
Quote lostnfaun 7-4-2026 07:51 AM
Nasib baik kalah, tak dapat bayang orang macam ni dapat jawatan tinggi.

Bagus la Prof & Dr. tu menang bertanding. Kiranya yang mengundi tu bijak juga. Sekolah berasrama penuh jadi kena pilih mereka yang ada akademik bagus.
Quote prince_marhaen 7-4-2026 12:22 PM
Terpaling sangat, terlalu over protective dekat anak, sampai sanggup redah je langgar semua orang, mulut tak boleh kontrol, puncanya satu je terlalu nak buktikan dia boleh buat semua, dia terlalu dendam ngan ex-laki....nak tunjuk dia boleh handle semua, dia lupa orang lain pun ada yang lagi pandai daripada dia....
Quote TomyamPuteh 7-4-2026 02:09 PM
Sape yg sokong Pajero,akan sokong dia ni jugak.Iron lady Kata nyeh
Quote Blu3butter 7-4-2026 09:17 PM
Ok la lawan balik. Nnt kita tgk sapa yg betul sapa yg salah pastu kita team si pemenang. Sambil2 tu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.030238 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top