CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sabah arah semua ikan koi, spesies Cyprinidae ditangkap, dimusnahkan segera

6-4-2026 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 845| Komen: 2


KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri mengarahkan penangkapan dan pemusnahan segera semua ikan koi dan spesies Cyprinidae yang bukan endemik kepada Sabah dari kawasan tagal atau pemeliharaan ikan dan sungai di negeri itu.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar, berkata tindakan itu diambil selepas virus dibawa spesies ikan berkenaan, Koi Herpesvirus (KHV) disahkan sebagai punca utama kematian ikan pelian atau kelah yang dilaporkan di beberapa daerah di Sabah sejak 1 Ogos 2025.

"Ikan itu hendaklah dimusnahkan serta-merta mengikut prosedur operasi standard (SOP) pelupusan biosekuriti yang ditetapkan dan sebarang pelepasan semula adalah dilarang sama sekali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kematian ikan pelian secara besar-besaran dilaporkan berlaku di beberapa sungai utama di daerah Keningau, Tambunan, Tenom, Penampang, Tuaran, Ranau dan Sipitang.

KHV disahkan sebagai punca utama kematian ikan pelian atau kelah hasil analisis Makmal Biosekuriti, Jabatan Perikanan Sabah di Kompleks Perikanan Likas.

Jamawi berkata, siasatan lapangan mendapati punca utama penularan adalah pelepasan ikan asing, khususnya ikan koi dan spesies lain dari keluarga Cyprinidae yang bukan endemik di Sabah ke dalam perairan umum tanpa kawalan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu melanggar prinsip biosekuriti dan menyebabkan jangkitan serius terhadap spesies ikan tempatan termasuk ikan pelian yang dikategorikan sebagai spesies bernilai tinggi.

"Musim kemarau yang sedang berlaku turut meningkatkan suhu air sekali gus mewujudkan persekitaran sesuai untuk pengaktifan virus dan meningkatkan risiko kematian ikan secara besar-besaran," katanya.

Jamawi berkata, kementeriannya turut mengarahkan larangan sementara terhadap semua aktiviti import dan eksport ikan daripada keluarga Cyprinidae ke dan dari Sabah.

Katanya, larangan itu meliputi ikan hidup, benih, induk dan sebarang bentuk pemindahan biologi yang berisiko menyebarkan virus KHV yang berkuatkuasa serta-merta sehingga penilaian risiko biosekuriti selesai dilaksanakan.

"Di bawah Enakmen Perikanan Darat Sabah, mana-mana pihak yang melepaskan ikan asing ke perairan umum, gagal mematuhi arahan pemusnahan atau melanggar larangan import dan eksport akan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas," katanya.

Jamawi turut memberi amaran keras kepada pengusaha akuakultur, penternak ikan hiasan dan orang awam supaya tidak membawa masuk atau melepaskan spesies ikan asing ke perairan umum serta mematuhi sepenuhnya keperluan biosekuriti.

"Kejadian ini (penularan KHV) menjadi ancaman serius terhadap biodiversiti perairan darat Sabah dan berpotensi menyebabkan kehilangan kekal spesies ikan endemik seperti ikan pelian sekiranya tidak ditangani secara agresif dan bersepadu.

"Tiada kompromi terhadap ancaman biosekuriti, tindakan tegas akan diambil tanpa pengecualian," katanya.

KHV adalah virus patogen berbahaya yang menyerang ikan daripada keluarga Cyprinidae dan diklasifikasikan sebagai penyakit akuakultur berimpak besar dengan kadar kematian yang sangat tinggi.

Data saintifik menunjukkan kadar kematian boleh mencecah antara 80 hingga 100 peratus dalam populasi dijangkiti, selain virus ini aktif dalam suhu air sekitar 18 hingga 28 darjah Celsius dan menjadi lebih agresif apabila berlaku perubahan suhu secara mendadak.

Ia juga mampu berada dalam keadaan laten sebelum aktif semula apabila berlaku tekanan persekitaran seperti musim kemarau dan merebak melalui air, sentuhan langsung, peralatan tercemar serta pemindahan ikan hidup.

Sumber: Berita Harian
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shamsadis 6-4-2026 04:31 PM
bagus, tindakan bagus
Quote PULANGKAN 6-4-2026 07:24 PM
Sabah buat open house untuk kucen guna ikan koi please, thank you

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.086429 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top