CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iya, kekasih, tetapi kami kenal selepas iddah - Diana Danielle

6-4-2026 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2928| Komen: 26

 



Diana Danielle menafikan dakwaan konon kekasih yang dikenali sebagai Bern pernah hadir dalam hidupnya.

Sebaliknya, Diana, 34, berkata dia mula berkenalan dengan Bern yang juga ahli perniagaan ketika menghadiri rumah terbuka, tahun lalu.

"Kami berkenalan sejak tahun lalu. Kenapa saya tidak mahu dedahkan sebelum ini sebab saya takut orang salah faham, mengatakan dia pernah hadir dalam hidup saya ketika saya masih berkahwin.

"Hakikatnya, saya tidak pernah kenal dia sebelum saya habis tempoh iddah. Tetapi mulut manusia ini membuatkan saya risau. Jadi untuk jelaskan, memang saya tidak kenal dia sebelum itu," katanya ketika ditemui pada majlis Terbang Rumah Terbuka Raya di Kingston Hotel 10, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Diana hadir bersama Bern dengan mengenakan busana sedondon rona putih.


Diana berkata, dia bagaimanapun mengambil masa agak lama sebelum boleh mengesahkan bahawa dirinya mempunyai hubungan istimewa bersama jejaka berusia 38 tahun itu.

"Kami ambil masa yang agak lama untuk saling mengenali sebelum, kami, orang kata, mengisytiharkan satu sama lain sebagai pasangan.

"Sekarang ini, saya fikir dahulu takut apa orang akan fikir, tetapi, sekarang, saya sangat berbangga ada dia sebagai pasangan.

"Saya mahu raikan fasa dalam hidup saya ini, di mana saya hanya mahu menghargai orang yang menjaga dan menyayangi saya, sebagaimana saya menyayangi mereka," katanya.

Diana turut berkongsi ibunya sudah beberapa kali bertanya mengenai hari perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, katanya, perancangan untuk ke jenjang pelamin masih belum diputuskan buat masa sekarang.

"Emak saya pun sudah bertanya bila kami hendak berkahwin. Dia bertanya sebab hari ini ahli keluarga ramai berkumpul. Jadi. dia sudah ditegur oleh emak saya tadi.

"Tetapi, saya fikir kami masih lagi dalam fasa yang belum sampai ke tahap itu. Masih banyak perkara diuruskan sebelum kami melangkah ke fasa yang lebih serius," katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana membintangi filem Terbang yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup juara dunia pelumba rali Malaysia, Karamjit Singh.

Filem arahan Chiu Keng Guan yang bakal ditayangkan tahun ini menampilkan barisan pelakon lain seperti Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan dan ramai lagi.

Sumber: Berita Harian
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Temenung 6-4-2026 04:19 PM
Sbelum ni tgk mamat ni mcm jefri nicol

Tgk gmbar atas mcm jejai pulak

Moga bahagia dgn yg baru
Quote Bedak_Carrie 6-4-2026 04:34 PM
Sabooo ajalah nak kena disclaimer kenal lepas iddah.
Almaklumlah dah ada precedent case retis lain kena kecam kihkih.
Quote Bedak_Carrie 6-4-2026 04:35 PM
Temenung replied at 6-4-2026 04:19 PM
Sbelum ni tgk mamat ni mcm jefri nicol

Tgk gmbar atas mcm jejai pulak

Termenung gak ai tadi memula ingat jejai.
Quote Inigo-Montoya 6-4-2026 04:39 PM
mestilah kaya kan...somebody
Quote babelina 6-4-2026 05:07 PM
lorrr... dia bf dia ker.. ada nmpk kt Kak Faz punya story.. elokkk rupa dia..
Quote cm_vungtau 6-4-2026 05:30 PM
Ada rupa prince mateen sikit. Tapi versi yang kureng.
Quote emera 6-4-2026 06:18 PM
cm_vungtau replied at 6-4-2026 05:30 PM
Ada rupa prince mateen sikit. Tapi versi yang kureng.

Rupa mateen versi x siap.
Quote brainbiru 6-4-2026 06:34 PM
Nampak dia buat ic anak dia... anak dia menurun darah omputih tokwan dia kan? N diana kata.. tertangguh 1 tahun buat ic.. kenapa tu sis...?
Quote noor2 6-4-2026 06:37 PM
Semoga yg baik2 saja untuknya...semoga cepat berjodohan..
Quote noor2 6-4-2026 06:38 PM
Tengok kat tiktok anak Diana dgn anak cikta masak2...cantik je dua2
Quote makcun14 6-4-2026 08:32 PM
baru 34 ke sheols? nampak lebih tua maybe sebab baka minah saleh kalau berisi sikit senang nampak tua. Asalkan happy
Quote Shayang 6-4-2026 08:50 PM
IMG_8156.jpeg
Perempuan yg tepi sekali memula tu sapa? Mcm iras Nadia cucu Brian tu tp mekap cam pelik sikit
Baju DD sama sejibik ngn baju bini RR
Quote borrow 6-4-2026 10:11 PM
Nama bernard, bukan melayu kan. Chindian ke. Neway nmpk sepadan la jugak.
Quote Missjass 6-4-2026 10:18 PM
Shayang replied at 6-4-2026 08:50 PM
Perempuan yg tepi sekali memula tu sapa? Mcm iras Nadia cucu Brian tu tp mekap cam pelik sikit
Baju ...

Betul la NB tu
Quote LadyCarefree 7-4-2026 12:05 AM
noor2 replied at 6-4-2026 05:38 PM
Tengok kat tiktok anak Diana dgn anak cikta masak2...cantik je dua2

Ada tengok juga tapi malu sungguh che ta bangga anak omputih konon tapi anaknya punya speaking hancur habis.
Quote MissVixen 7-4-2026 12:16 AM
Semoga panjang jodoh jika ini manusia yang terbaik untuk dd. Kesian kecil2 ayah takde.
Quote brainbiru 7-4-2026 07:15 AM
LadyCarefree: Ada tengok juga tapi malu sungguh che ta bangga anak omputih konon tapi anaknya punya speaking hancur habis.

Ye. Terkejut gak aku. Sbb baya2 ecah ni... even duduk luar bandar pun speaking better than ecah.... coz pengaruh medsos. Anak sedara aku baya2 ecah ni suka layan youtuber omputih.. x ingat plak aku apa... n sbb tu english mereka sgt2 fluent.. sometimes perkataan2 yg dorang sebut pun.. aku x biasa sebut.. zain n sasha tu bercakap dgn mak dorang in full english... tp zain tu bila ecah bercakap english.. zain suka cakap.. "cakap melayu je aishah" x tau kenapa? Adakah kerana dia tahu english ecah hauk?

Quote lostnfaun 7-4-2026 07:59 AM
Che tak tu pandai berbahasa Inggeris ke? Hahaha
Quote prince_marhaen 7-4-2026 09:35 AM
lostnfaun replied at 6-4-2026 01:59 PM
Che tak tu pandai berbahasa Inggeris ke? Hahaha

Pandai je, she ex-crew MAS, cakap English fluent je.. tapi lidah dia laju cakap Melayu kedah je, nak buat pe cakap english 24jam, anak pun sekolah private je bukan international sangat pun..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051541 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top