|
PERKONGSIAN pelakon Indonesia, Jefri Nichol di laman sosial miliknya sebelum ini mengundang pelbagai komen terutamanya daripada pengikut di Malaysia. Namun kebanyakan komen tersebut ditulis menggunakan dialek negeri Kelantan yang ternyata tidak difahami oleh Jefri. Susulan itu, Jefri sendiri meluahkan kekeliruan dan meminta pengikut di media sosial untuk menterjemahkan maksud komen berkenaan. Malah dalam satu hantaran di Threads, pelakon ini turut merasa pelik kerana setiap perkongsian mendapat banyak respons daripada rakyat Malaysia. "Kenapa orang Malaysia komen di posting saya bersama mama ini? Saya tak faham. "Dalam posting ini juga ramai yang komen, ada yang boleh terjemahkan," katanya dalam beberapa hantaran di Threads. Dalam perkongsian lain, pelakon itu turut memuat naik tangkap layar komen yang ditulis dalam dialek Kelantan. Sementara itu menerusi satu komen balas, Jefri juga menegaskan seakan tidak berkesempatan untuk menggunakan aplikasi ChatGPT bagi mencari maksud di setiap komen berkenaan. Dipercayai komen-komen yang menggunakan dialek Kelantan itu juga sebagai sindiran terhadap Jefri yang sebelum ini menjalinkan hubungan istimewa dengan pempengaruh Ameera Khan. Sumber: mStar
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-5-2026 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.030255 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.