CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal mengaku tidak bersalah cederakan tujuh anggota tentera

6-4-2026 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 524| Komen: 0

 



BENTONG: Seorang anggota tentera berpangkat Koperal mengaku tidak bersalah atas tuduh pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap tujuh anggota tentera di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Sukry Tasu, 37, membuat pengakuan tersebut dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Muhammad Aiman Azahan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Prebet Muhammad Amirul Raziq Rosafindi, 24, dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.30 malam di stor senjata Kompeni C, Kem Tentera Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di sini pada 30 Mac 2026.

Manakala bagi enam lagi pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan terhadap enam lagi mangsa iaitu Mohamad Atiqillah Taugek Rashidi, Muhammad Syakirin Yaacob, Muhammad Azman Shah Ismail,Nik Amir Zaqwan Nik Asrizal,Muhammad Irfan Aiman Mohd Tajudin dan Muhammad Danial Asraf Azizan pada masa, tarikh dan lokasi sama mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Muhammad Aiman bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi pertuduhan pertama, manakala masing-masing RM2,000 bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh dengan satu penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan tertuduh tidak boleh menghampiri atau kacau ganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid manakala tertuduh diwakili peguam Mohamed Hafiz Baharudin.

Mahkamah menetapkan 18 Mei depan sebagai tarikh sebutan kes dan serahan dokumen.

Sumber: Buletin TV3
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.029062 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top