CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak Mencacatkan Rasa..Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Jadi Isu’ – Sheila Rusly

6-4-2026 12:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1970| Komen: 33


 



Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly memberi pendapat berkenaan penggunaan pinggan plastik semasa majlis rumah terbuka Hari Raya.

Menerusi perkongsian di Threads, Sheila, 55, berkongsi bahawa dia terpaksa menggunakan pinggan plastik semasa mengunjungi ke rumah terbuka anak saudaranya baru-baru ini.


Semalam beraya di rumah anak buah, saya makan guna pinggan plastik sebab dia baru pindah rumah, pinggan tak cukup.

Menurut Sheila, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan pinggan plastik namun, mempersoalkan mengapa perkara itu menjadi isu dalam kalangan segelintir masyarakat.

Saya okay sahaja, tak mencacatkan nasi lemak yang sedap ini.

Tak faham kenapa rumah terbuka guna pinggan plastik boleh jadi isu.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Sheila itu.


 

Dalam masa sama, mereka juga memahami keadaan tuan rumah yang berkemungkinan terlalu sibuk melayan tetamu dan menyediakan makanan ketika mengadakan majlis rumah terbuka.

Sumber: Threads, Oh Bulan

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote espri6006 6-4-2026 01:04 PM
gen z tu yang sentap
Quote siasia 6-4-2026 01:31 PM
Sapa je yg rajin nk persoalkan bukan br semalam pinggan cawan plastik ni muncul.

Tp ms arwah nenek ada dulu mmg dia tak bg guna, pada dia mcm kita tak hormat tetamu. Tp kitorg cucu2 ni wat tak reti je, hidang juga guna pinggan plastik tu tp tahan je la bebel dia tu. Yelah penat tau, tetamu plak bukan sorang dua.

Lainla kalau pakai katering kan.
Quote babelina 6-4-2026 02:22 PM
mak mmg x bg guna pinggan plastik.. nk raya jer dari aku ank dara sampai la skrg ank2 buah ambik alih tugas lap pinggang mangkuk segala gelas dlm lemari tu.. tp klau pegi umah org pkai pinggan plastik mmg x kisah pn.. xde jadi masalah.. cumanya pelik byk sgt org skrg komplen mcm2...
Quote kucingitam 6-4-2026 02:44 PM
susah nak makan sis.. lagi2 kalau ayam seketul besar..sudahnya makan lite2 je le...
Quote September14 6-4-2026 02:53 PM
Level2 sis pun x kesah pakai pinggan plastic… yg merentan tu gen z mengada2 ntah2 masak pun x reti.
Quote sleepandream 6-4-2026 03:05 PM
jadi isu la kat makcik2 gemuk nak makanan menggunung dalam pinggan tapi tak boleh
Quote Purestteam1 6-4-2026 03:05 PM
ok je... gen baru ni sibuk nk bergambar je... ke dapur malas tul
Quote chandrahusin 6-4-2026 03:18 PM
Gen Z dh boleh amalkan BYOC
bring your own container
bila pegi makan2
semua nak complain
Quote PULANGKAN 6-4-2026 03:20 PM
masa awal raya, ada sedara jauh inform nak datang awal. alhamdulillah semuanya, dari pangkat tok nenek anak menantu ipar duai cucu semua ke dapur, basuh sendiri pinggan cawan masing2. 6-7 biji kereta. elok semuanya. sebelum balik baca doa sesama, moga jumpa lagi taun depan. syok

elok je sedara dari syurga balik, sedara hantu datang. 6 biji kereta, tak inform awal-awal. buat surprise katanya. iols pun ok la korang. makan je la extra hidangan tadi, nasib baik ada banyak. dah makan, letak je pinggan mangkuk cawan semua kat mana diorang makan. sorang pun tak tolong angkat ke sinki. basuh apentah lagi.
pulak tu, tak tau drama family ape diorang, sampai rumah iols dok perli-memerli antara diorang, pastu nak gaduh. gila ke apa datang rumah orang pastu buat perangai. rasa nak halau je balik. jangan datang lagi dah.
elok diorang berambus, iols angkat semua ke dapur, basuh sorang2. kemas ruang tamu, naaaaaaahhhhhhh ada plastik tepi tong sampah kecik. ada lampin budak. weyh iols cannot this la this kind of people omg..

morning dapat tetamu jatuh dari syurga, petang dapat tetamu baru bebas dari bulan ramadhan. dah serupa setan kena ikat, geram iols

pastu memang iols nekad, pasni and the next upcoming year, takde. semua telan pinggan mangkuk cawan sudu garfu plastik or kertas

Quote azimodin 6-4-2026 03:58 PM
siasia replied at 6-4-2026 01:31 PM
Sapa je yg rajin nk persoalkan bukan br semalam pinggan cawan plastik ni muncul.

Tp ms arwah nenek  ...

Family iouls duduk rumah pusaka. Bayangkan masa atuk nenek i ada dulu raya pertama kena masak & hidang lauk untuk at least 300 orang. Pinggan pulak pakai alcopal & vision. Seminggu sebelum raya dah kena keluarkan & basuh. Raya pertama sepanjang hari i dengan kakak i berdua basuh pinggan. Sepupu sepapat? Masing2 pasang badan je sebab "tetamu" kan. Once nenek dah bedridden, terus kitorang tukar disposable.
Quote prince_marhaen 6-4-2026 03:59 PM
Mak aku lah tu jenis semuanya nak berhidang, nak berpinggan cantik, pinggan proper.
Cawan pun sama, 10 group datang, 10 kali lah membasuh pinggan mangkuk cawan, pastu jenis nak proper layan tetamu... penat ehhh... akak, adik, abang aku semua suruh pakai plastik tak mau dia.. habis semua pinggan dalam kabinet dia punggah... dah lah yang datang semua seramai2 kerabat, rumahku pulak rumah induk jenis adik beradik mak, adik beradik arwah bapak wajib singgah. Kadang kesian adik beradik aku semua penat nak layankan, nak memasak, mengemas. Yang dah tua2 pun kena pekik ye, kadang malu tau depan tetamu. hahahahahha
Quote Cyempaka 6-4-2026 04:02 PM
sebab derang mengada ngada sis. padahal yang merempan tu set2 muka berminyak duduk flat je pun masing-masing. tapi dalam socmed acah2 anak tan sri pulak nak jgn normalize itu jangan normalize ini..
Quote talapia 6-4-2026 04:38 PM
pada aku.. kalau mmg untuk rumah terbuka..ramai tetamu.. okay je la untuk pakai pinggan mangkuk pakai buang ni.. sape nak basuh wehhh banyak2.. dah tu manela cukup nak pakai pinggan kaca..

tapi, kalau takat orang datang beraya sikit2 tu.. mmg kita hidang pakai pinggan mangkuk lawa la.. selagi cukupla kan...

memang pon mak2 kita zaman dulu.. memang pantang dia hidang guna pinggan plastik ni kat tetamu.. nak idang air panas kena dalam cawan kaca siap piring... air sejuk dalam gelas.. siap berdulang bagai.. kuih2 dalam piring cantik.. mangkuk basuh tangan siap alas kain lap n piring.

hah.. tu dia.. tu kalau tetamu sikit bole la.. kalau dah open house mana mampunyaaaa
Quote Shayang 6-4-2026 05:57 PM
Edited by Shayang at 6-4-2026 06:00 PM

10 org dtg raya umah aku ritu aku guna pinggan kaca ikea yg putih tu pun aku dh penat basuh sbb sorang pun tetamu takde yg basuh walaupun adik badik aku jer pun yg dtg hahah
Pinggan pelestik aku tak cukup tu pasal aku terpaksa guna pinggan kaca.
Walaupun tak ramai still byk pinggan mangkuk kena basuh sbb cawan kaca lagi, bekas2 kita hidang juadah, jug air semua tu kena basuh so tak kira sikit ke banyak aku mmg akan guna pinggan pelestik pakai buang je lepas ni.
Kalau tetamu berkeras nk pinggan kaca boleh je tp ko basuh la sendiri.
Nih basuh dah la malas, pastu asik nk amik pinggan baru je tiap kali nk try mknn lain
Pastu tinggal jer gitu
Quote bottombikini 6-4-2026 06:21 PM
eh taun ni korang byk komplen ek
hidang air oren pun taboleeee..... tahapehape
Quote azimodin 6-4-2026 07:18 PM
talapia replied at 6-4-2026 04:38 PM
pada aku.. kalau mmg untuk rumah terbuka..ramai tetamu.. okay je la untuk pakai pinggan mangkuk paka ...

Betul. Kat rumah aku ni ada 1 je full set dining - 12 orang. So itu la limit aku. Lebih 12 orang memang aku pakai yg pakai buang je la. Nak beli set lain, xde tempat pulak nak simpan. Tengok orang beli pinggan bentuk kobis la, bunga la, rasa teringin nak pakai tapi tu la, tempat nak simpan tak berapa nak ada. Lagipon musim raya je yg ramai tetamu, hari lain 2-3 orang je yg makan dalam rumah.
Quote MissVixen 6-4-2026 07:22 PM
Plastik ok je. Jangan pakai yang styrofoam tu walaupun lagi murah.
Jimat masa dan tenaga. Yang tua2 tu memang la rasa ok pakai pinggan kaca, bukan diorang yang basuh
Quote gideoncross 6-4-2026 08:23 PM
Purestteam1 replied at 6-4-2026 03:05 PM
ok je... gen baru ni sibuk nk bergambar je... ke dapur malas tul

Sibuk brgmbr, tunjuk lagak kat Thread pstu smua x kena kat mata dorg pstu merempan msih single wlaupun bru 21 tahun. Slayaknya d sepak
Quote gideoncross 6-4-2026 08:24 PM
September14 replied at 6-4-2026 02:53 PM
Level2 sis pun x kesah pakai pinggan plastic… yg merentan tu gen z mengada2 ntah2 masak pun x reti. ...

Masak Maggi ntah2 mletup dapur

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.057766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top