CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Tuntut Bella, Didi Astillah Tunai Janji

6-4-2026 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3969| Komen: 41

 



Pempengaruh media sosial berasal dari Singapura, Sarah Yasmine memuat naik hantaran menuntut penjelasan daripada Bella Astillah dan Didi Astillah.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarah meminta penjelasan selepas mendakwa Bella dan adiknya gagal menunaikan janji yang belum ditunaikan sejak dua tahun lalu.

 

“Assalamualaikum Bella Astillah dan Didi Astillah, harap kamu berdua sihat-sihat saja. Dah bahagia sekarang kan? Alhamdulillah. Saya cuma nak tanya, bila nak tunaikan kata-kata dan janji yang pernah diberikan kepada saya?

“Dah dua tahun saya tunggu. Jika kamu boleh beritahu ibu saya secara berdepan bahawa saya bukan penyondol, kenapa perkara itu tidak dilakukan secara terbuka sepanjang dua tahun ini?” tulisnya.

Menurut Sarah lagi, dia sudah lama berdiam diri serta perlu menanggung kecaman dilemparkan terhadapnya sehingga anak-anaknya juga turut terkesan.

“Saya dah lama berdiam diri. Saya telan semuanya, terima semua kecaman, ugutan, dan semuanya hanya untuk selamatkan awak.

“Apa yang saya lakukan bukan saja untuk awak, tetapi juga demi kanak-anak awak juga. Tapi bagaimana dengan anak-anak saya? Ejekan semakin melampau. Jadi kenapa kamu masih tak lakukan apa-apa untuk melindungi anak-anak saya?

“Dari awal hingga sekarang, saya tidak pernah meminta apa-apa kecuali lindungi anak-anak saya dan nama baik saya demi mereka.

“Kenapa awak berdua masih belum lakukan perkara yang sama untuk saya, selepas semua yang telah saya lakukan untuk kamu apabila kamu minta bantuan saya?” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia tidak akan teragak-agak mendedahkan perkara sebenar jika tiada sebarang tindakan diambil oleh Bella dan Didi.

Terdahulu, Sarah mengakui dirinya merupakan kekasih gelap kepada penyanyi sensasi, Aliff Aziz.


Sumber: Rotikaya
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 6-4-2026 01:37 PM
Nyonya bedak slutty ni dengki ke..haha
Quote red_velvet 6-4-2026 01:43 PM
Masalahnya dah memang penyondol pun takkan nak kena bagitau bukan penyondol?  Cuma nasib baik sikit sebab nabelah tag team ngan ko utk serang Nunis sebab ko tak lawo & bukan ko yang ditngkap dgn alif masa tu  Tak salah ngan peah barkoba pun nabelah tag team ngan dia ni kan?
Quote lanacondor 6-4-2026 01:52 PM
Kalau aku jadi bella ni aku Saman cukup2
perempuan ni. Jgn Saman sikit2. Biar jadi pengajaran. Org mcm ni kalau tak kene apa2 hukuman mmg dia xkan belajar berhenti ganggu hidup org.
Quote BoongaKertas 6-4-2026 01:57 PM
x habis2 dia ni nak mencapub. dok dendiam jer kat negara asal tu takleh ke?
Quote izzah_mia 6-4-2026 02:03 PM
bukan sendiri ke mengaku dia mmg ada hubungan dengan alif? so memang penyondollahkan ke ada nama lain??
Quote babelina 6-4-2026 02:25 PM
ayooooo.. byk pula citer pas org nie bahagia.. org tu pula sebok nk up mcm2..
sudah2 la malukn diri tu dulu.. nie nk buat lg.. elok2 org dh lupa.. sebok pula nk tonjol kn diri..
Quote lanse 6-4-2026 02:28 PM
Media kita nih boleh tak stop kasi attention kat dia ni.
Quote afie_m 6-4-2026 02:32 PM
tak paham lah, dah mengaku ada hubungan..tapi..
Quote marchikobonzo 6-4-2026 03:05 PM
Betul ke apa yg forumer teka sebelum ni?
Quote Mummy_petur 6-4-2026 03:15 PM
marchikobonzo replied at 6-4-2026 03:05 PM
Betul ke apa yg forumer teka sebelum ni?

Forumer teka apa tu ?
Quote brainbiru 6-4-2026 04:59 PM
lanacondor replied at 6-4-2026 01:52 PM
Kalau aku jadi bella ni aku Saman cukup2
perempuan ni. Jgn Saman sikit2. Biar jadi pengajaran. Org  ...

Didi & bella anggap dia keluarga...walau dia mengaku sondol laki bella.... x kan nak saman...
Siap bg perfume lagi.. dia marah now sbb ada perjanjian yg bella n didi x tunaikan.... apakah perjanjian itu? Hanya kemek, didi n dia jer yg tahu. IMG-20250927-WA0036.jpg 015003yt3h3ege3kdpl33z.jpg.thumb.jpg Screenshot_20240704_140321_Instagram.jpg
Quote brainbiru 6-4-2026 05:06 PM
red_velvet replied at 6-4-2026 01:43 PM
Masalahnya dah memang penyondol pun takkan nak kena bagitau bukan penyondol?  Cuma nasib baik sikit  ...

Ayat SY:
"dari awal lagi sampai sekarang i tak pernah minta apa apa melainkan, protect my kids & my name for them AND, the "and" tu you tahu lah, i kalau tulis dekat sini nanti cerita tu akan dikaitkan dengan
issue beberapa hari yang lepas dekat threads "

So ada 3 perjanjian antara kemek, didi & nyonya
1. Protect SY's kids
2. Protect nama SY for the sake of those kids
3.  "AND"

yg no. 3 tu.... HANYA DIDI,KEMEK N SY JE YG TAHU.
TAPI SY ni acah2 je nak leak... nanti kang kemek tunaikan janji... dia diam balik.. melugai lah aku dgn ko!
Quote hihanghoheng 6-4-2026 05:21 PM
nyonya busuk ni sekecik2 benda kat tt tu pun dia nak mencapub..
xde kerja agaknya
Quote Whodunit 6-4-2026 06:30 PM
red_velvet replied at 6-4-2026 01:43 PM
Masalahnya dah memang penyondol pun takkan nak kena bagitau bukan penyondol?  Cuma nasib baik sikit  ...

Dia ditipu dan dipergunakan

Ni perbualan mereka. Tak sampai seminggu after this tiba2 ada leak perbualan Anis dan Aliff after khalwat raid. Kemek janji bagi Aliff kepada nyonya dan tolong career seni nyonya kat Malaysia. Janji tinggal janji

Nyonya yg bodoh tak sedar ke isi kandung leak semua memihak kemek je. Supaya tutup cerita affair dia dgn Muaz.

1. Nak tunjuk Aliff dan Anis bersubahat dgn Caprice utk leak. Caprice kata muaz bukan first guy. Ada mangsa2 yg lain. Tapi benda settle under table
2. Nak tunjuk anis marah Kitsui overreact. Tak pula org tanya bila kemek masuk jarum dgn kitsui. Cepat nau replacement
3. Part Anis sebut artis lain utk buat Artis lain benci mereka Tapi kembung ok je dgn semua org except kemek. Bukan main kemek mencuka bila ayam excited mcm dpt gula2 jumpa kembung.
4. Part nak sokong statement kemek dia tanggung Aliff Tapi senang je track kerja seni Kemek utk tahu siapa sebenarnya yg berduit. Berapa je job kemek sebelum dia menunggang aib perkahwinan. So part specific Aliff tumpang rumah Anis dan Nyonya dan minta belikan baju dan Aliff risau tak mampu bayar kereta yg kononnya kemek cashkan.

Dah tangkap khalwat. Dah ada full access to Aliff’s messages Kenapa tak leak sexting dgn bukti berzina? Sebab takde je kan. Kalau ada. Confirm Itu yg first mereka leak.

IMG_7484.jpeg
Quote Aneem 6-4-2026 06:56 PM
Edited by Aneem at 6-4-2026 06:59 PM

Ada le benda tu ek
Tp silap kau la
Yg kau bodo sgt percaya nau pompuan kaki manipulate tu dh kenapa?
Tlg perangkap khalwat la, tlg backup la
Dlm kepala hotak dia, ada je plan nak jatuhkan org lain
Sekadar nak membodo2kan fantaik pun takde hal, ni kan pulak kau yg hadap sgt nak berbaik dgn pompuan berbisa ni
Hujung2 kau main taik la sorang2
While pompuan cunning tu terus berangan ddk di kayangan wpun nasib masa depan dia sndiri pun tak menentu
Org ada mental NPD ni jgn dibuat kwn, esok lusa dia makan kau balik
Quote AWEKSAMURAI 6-4-2026 07:31 PM
red_velvet replied at 6-4-2026 01:43 PM
Masalahnya dah memang penyondol pun takkan nak kena bagitau bukan penyondol?  Cuma nasib baik sikit  ...

Yg tag team punya hal lah nyonya tu nk reveal .. kalau reveal kena pada cara kemek akan terjunam. Teruk..
Aliff n anis bakal di julang semula....
Quote AWEKSAMURAI 6-4-2026 07:33 PM
lanacondor replied at 6-4-2026 01:52 PM
Kalau aku jadi bella ni aku Saman cukup2
perempuan ni. Jgn Saman sikit2. Biar jadi pengajaran. Org  ...

Nak saman apa .. masalah kemek pun guna dia
Quote red_velvet 6-4-2026 08:07 PM
AWEKSAMURAI replied at 6-4-2026 07:31 PM
Yg tag team punya hal lah nyonya tu nk reveal .. kalau reveal kena pada cara kemek akan terjunam.  ...

Ya I pun menyampah nabelah datin wannabe ni... Lantak kan je Dua2 ekor ni biar terjunam terus. Tapi menyampah si Nyonya ni fefeeling suci dan Mohon disucikan. Dua2 evil padehal. Leak je la terus tak payah bagi muka
Quote gideoncross 6-4-2026 08:08 PM
brainbiru replied at 6-4-2026 04:59 PM
Didi & bella anggap dia keluarga...walau dia mengaku sondol laki bella.... x kan nak saman...
Siap ...

Kat sini je fans Bailah brani komen hahahahah, ziziks

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.089841 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top