|
Personaliti media sosial, Maryam Durian Kimchi menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai pengorbanannya terhadap anjing peliharaan. Menerusi perkongsian di podcast Aididit My Way, pemilik nama Maryam Younarae itu mengakui amat menyayangi anjing peliharaannya meskipun sudah memeluk agama Islam. Anjing itu saya jaga dia empat tahun. Bagi sesiapa yang pernah jaga haiwan peliharaan, mesti tahu..kami kena berpisah. Dia memang saya anggap seperti anak saya..separuh dari saya. Menurut Maryam, dia sanggup mengeluarkan sejumlah kos perbelanjaan yang tinggi demi anjing itu kerana rasa kasih yang mendalam terhadap haiwan tersebut. Ketika itu saya menangis sebab kena tinggalkan dia, ada rasa bersalah jadi saya bagi orang jaga dia sampai sekarang. Saya bagi orang yang jaga itu RM100,000. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami perasaan Maryam yang merupakan seorang pencinta haiwan.
Dalam masa sama, warganet juga menyifatkan tindakan Maryam itu sebagai satu pengorbanan yang besar selepas menjadi mualaf, namun masih tidak melepaskan tanggungjawabnya terhadap anjing tersebut. Sumber: TikTok Aidid Marcello, Oh Bulan |
red_velvet replied at 6-4-2026 11:19 AM
Untung orang luar negara.. pandai cakap melayu je terus jadi kaya raya... I
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.025262 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.