CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Ramai mengaku saudara lepas nama dikenali, Badron Munirah elak beri pinjam duit… Tidak mahu tagih hutang kemudian hari

6-4-2026 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 801| Komen: 4

 


SELEPAS namanya semakin dikenali, pelakon Badron Munirah tidak menyangka ada beberapa individu yang secara tiba-tiba mengaku sebagai saudaranya. 

Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah, 27, berkata situasi itu membuatkan dia berasa kurang selesa dan waspada terhadap niat orang sekeliling.

"Mungkin ada yang mengaku katanya sepupu. Perkara ini ada terjadi (mengaku saudara) sebenarnya. Saya tak berapa suka sangat. 

"Bila orang dah mula mengenali saya, tak kisahlah saudara atau orang luar yang cuba untuk mengaku hubungan kami rapat. 

"Apabila jumpa orang macam ini, saya automatik rasa macam ini adalah petanda tak bagus," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Badron memberitahu dia tidak tahu niat sebenar individu berkenaan dan berasa pelik apabila orang yang sebelum ini tidak rapat, tiba-tiba mahu menunjukkan hubungan akrab.

"Sejujurnya saya tak tahu apa niat mereka. Apa yang saya nampak perkara ini berlaku sangat jelas padahal dulu tak pernah nak rapat siap kutuk belakang. 

"Tapi bila dah lama tak jumpa dan orang pun mula kenal saya. Mereka pun cuba nak ambil peluang mengaku rapat dengan saya sedangkan ia tidak berlaku sama sekali. 

"Saya tidaklah kata mereka fake, saya layankan saja semua dengan baik cuma berpada-pada sebab perangai lain-lain kenalah pandai pilih kawan," ujarnya. 

Malah, lebih mengejutkan apabila ada juga segelintir individu yang berani meminjam wang daripadanya.

Berdepan situasi sebegitu, Badron senang mengambil langkah berkata tidak bagi mengelak sebarang masalah kemudian hari. 

"Lebih tak sangka ada yang datang tiba-tiba nak pinjam duit. Sebenarnya nak bagi tu memang boleh tetapi sejujurnya saya takut nak beri (pinjam duit). 

"Takut saya pula yang kena menagih (hutang) satu hari nanti. Biarlah orang nak cakap saya jahat tapi daripada  perlu menagih, saya tak berani ambil risiko. 

"Saya dah pernah kena tipu dengan kawan baik sendiri fasal duit, jadi daripada bergaduh fasal duit lebih baik saya tak bagi," katanya.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-4-2026 03:26 PM
Badron atau Mohammad Nur Badron Munirah Rio Abdillah


unik betul nama budak sekarang
Quote prettyuglybabe 6-4-2026 03:51 PM
tapi i tak kenal pun dia..
cerita apa dia berlakon?
Quote kuewTiau 7-4-2026 09:56 AM
prettyuglybabe replied at 6-4-2026 03:51 PM
tapi i tak kenal pun dia..
cerita apa dia berlakon?

rasanya geng ryan bakery tu.
tapi dia banyak buat content dengan kawan ryan bakery, wan chai
iols tak tengok tapi selalu lalu lalang

Quote Reira77 26-4-2026 12:56 AM
Tak kelakor pun tiktok dia. I mean yg dia create sorang-sorang. Try hard and cringe. Yg dgn ryan bakery wanchai bagai. Boleh la, terhibur la jugak.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2026 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.035575 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top