|
PELAKON Nadzmi Adhwa meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri iaitu Ardell Aryana, yang disifatkan lebih mementingkan akhirat berbanding dunia. Mengimbau detik awal perkahwinan mereka, Nadzmi, 33, mengakui berasa sebak apabila mengenangkan permintaan sederhana isterinya dalam urusan pernikahan. Menurutnya, Ardell hanya meminta mas kahwin sebanyak RM300 selain senaskah al-Quran sebagai hantaran. “Hanya mas kahwin RM300 sebab Selangor dan senaskah al-Quran sebagai hantaran nikah kita untuk miliki awak tujuh tahun lalu. “Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan. Tiba-tiba pagi ini, sayu teringat,” katanya menerus hantaran Thread. Dalam pada itu, Nadzmi turut menzahirkan rasa terharu kerana dikurniakan seorang isteri yang tidak mengejar kemewahan dunia. Sebagai suami, dia juga berharap perjuangan isterinya dalam meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0 itu berjaya dan pulang dalam keadaan selamat. “Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia. Terima kasih Allah atas kurniaan-Mu. “Semoga Allah reda atas niat dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana. Selamat pergi dan kembali kepada saya serta anak-anak,” ujarnya.
Sebelum ini, Nadzmi berkongsi momen mengiringi isterinya,di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke Barcelona bagi meneruskan misi Global Sumud Flotilla 2.0. Selain Ardell, antara personaliti dan pendakwah yang turut serta dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 ini adalah pasangan beradik Heliza dan Hazwani Helmi, Haroqs serta empat lagi yang dirahsiakan identitinya. Sumber : mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.124916 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.