CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gagal kawal emosi, Kamal Adli imbau momen ‘menangis macam budak-budak’ semasa diminta lafaz cerai

6-4-2026 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 393| Komen: 4

 


PELAKON Kamal Adli mengimbau detik paling sukar dalam hidup apabila terpaksa melafazkan cerai terhadap bekas isterinya, Uqasha Senrose pada Januari lalu.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, mengakui gagal mengawal emosi sehingga menangis teresak-esak semasa prosiding berlangsung di mahkamah itu.

 

“Semasa lafaz itu, saya menangis macam budak-budak. Sampai rasa malu dengan hakim.

“Dalam mahkamah hanya ada kami sahaja, tiada orang lain. Bila sampai masa untuk lafaz, saya rasa diri ini ‘pecah’,” katanya ketika menjadi tetamu sebuah program televisyen.

Dalam pada itu, Kamal turut memberitahu dia berdepan kesukaran untuk melafazkan cerai sehingga terpaksa mengulanginya sebanyak dua kali kerana sebutan tidak jelas.

“Bila dapat kertas untuk lafaz, saya ingatkan saya okay. Tapi terpaksa ulang dua kali sebab tak jelas… menangis pula macam budak-budak.

“Waktu itu sakit sangat, sampai saya tak mampu pandang sesiapa,” ujarnya.

Tambahnya, ayat lafaz cerai yang perlu diucapkan menjadi detik paling meruntun perasaan sekali gus mendatangkan trauma kepadanya.

“Ayat yang buat saya benar-benar ‘pecah’ ialah... dengan ini saya Ahmad Kamal menceraikan," luahnya.


 


Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Bagaimanapun, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L.U.S.M 6-4-2026 01:38 PM
Dh elok2 providing court cara tertutup..ko dedah pulak cerita cmni..hmm...gila perhatian ke
Quote ninja boy 6-4-2026 04:39 PM
Edited by ninja boy at 6-4-2026 04:40 PM

Mohon call ex gf yg masih tercari2 cinta
Quote becir 6-4-2026 04:49 PM
lepas cerai ni ringan pulak mulut dia ni nak bercerita ek. uqasha elok dah senyap..
Quote kucingitam 6-4-2026 04:51 PM
biarlah dia meluahkan apa yg terbuku sis.. asal jgn buka aib laki bini sudah..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.158602 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top