|
Wajah-wajah ‘popular’ Global Sumud Flotilla (GSF) edisi lalu, Ardell Aryana, Haroqs, Heliza Helmi serta adiknya, Hazwani kembali bagi meneruskan misi kedua pada 12 April ini. Keempat-empat mereka yang juga pelakon dan pempengaruh berlepas ke Barcelona, Sepanyol dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam tadi bagi menjayakan GSF 2.O. Bagaimanapun, Yayasan Mawaddah memaklumkan, empat lagi identiti perserta lain masih dirahsiakan. “Malam ini empat orang kami rahsiakan dan empat orang kami dedahkan. “Ardell, Haroqs, Heliza dan Hazwani. Semoga Allah sampaikan kalian ke bumi Gaza,” maklum Yayasan Mawaddah di media sosial. Terdahulu Kosmo! melaporkan, pempengaruh serta penulis dalam bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal Mohd. Shariff menjadi calon pertama yang dipilih menyertai pelayaran tersebut bersama misi Sumud Nusantara menerusi kumpulan ketiga. Misi tersebut turut mendapat perhatian apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, diamanahkan mengetuai delegasi bantuan Malaysia, yang membawa 30 kontena mengandungi 374 tan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin. GSF 2.0 merupakan gerakan antarabangsa tanpa kekerasan yang menghimpunkan delegasi pelbagai negara bagi mencabar kepungan ke atas Gaza, menghantar bantuan kemanusiaan dan mewujudkan koridor bantuan awam secara berterusan. Menurut laman rasmi gerakan itu, misi musim bunga 2026 akan menghimpunkan lebih 80 bot dan lebih 1,000 peserta dari seluruh dunia, dengan pelayaran utama dari Barcelona pada 12 April. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
Bedak_Carrie replied at 6-4-2026 11:25 AM
Org yg sama je... Rezeki...
Mcmana dpt pergi?
Terpilih ke?
red_velvet replied at 6-4-2026 11:27 AM
Tengah berperang iran dengan isewel korang sibuk nak pergi... Tahanan Palestine pun berisiko besar k ...
red_velvet replied at 6-4-2026 11:27 AM
Tengah berperang iran dengan isewel korang sibuk nak pergi... Tahanan Palestine pun berisiko besar k ...
Bedak_Carrie replied at 6-4-2026 11:25 AM
Org yg sama je... Rezeki...
Mcmana dpt pergi?
Terpilih ke?
red_velvet replied at 6-4-2026 11:27 AM
Tengah berperang iran dengan isewel korang sibuk nak pergi... Tahanan Palestine pun berisiko besar k ...


Orangkaya99 replied at 6-4-2026 12:38 PM
Isu mende nye.. mmg pmx sendiri lantik menteri selangor mengetuai gsf ... Si amir tu

Hari tu sakit teruk sampai masuk hospital...kenapa tak suruh laki kerinting dia yg pergired_velvet replied at 6-4-2026 03:27 AM
Tengah berperang iran dengan isewel korang sibuk nak pergi... Tahanan Palestine pun berisiko besar k ...
L.U.S.M replied at 6-4-2026 12:56 PM
Xkn kne apa2 sbb pmx dh kawtim pki telefon..dia kan bapa telefon msia..semua settle dgn telefon tp ...



MissDiane replied at 6-4-2026 03:11 PM
Iols dari dulu memang musykil betul bab ni sis. Tapi memang betul2 dah terbukti ke 20 account bank ...



Lucy20 replied at 6-4-2026 01:50 PM
buat duit ke benda ni? apa agenda utama? mcm forumer share tu, ada jln darat yg selamat. tapi pilih ...
L.U.S.M replied at 6-4-2026 03:20 PM
Dh keluar news kot..siap sprm sahkan lg..
bodoh betul siapa yang undi banduan ni jadi head of cou ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.099300 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.