|
MELAKA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengesahkan kejadian bunyi yang didakwa seakan letupan bom di beberapa kawasan di negeri ini adalah susulan cuaca ribut petir yang melanda antara pukul 1 hingga 3 pagi tadi. Bunyi dentuman itu didakwa didengar penduduk di ketiga-tiga daerah di Jasin, Melaka Tengah dan Alor Gajah, dengan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman itu di media sosial. Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Hisham Mohd. Anip berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat mengenai bunyi letupan tersebut. “Setakat ini kami tiada menerima apa-apa maklumat mengenai kejadian ini (bunyi seakan letupan bom). “Berdasarkan rekod, tiada kejadian gempa bumi yang dilaporkan, namun memang ada cuaca ribut petir berlaku di Melaka sekitar pukul 1 hingga 3 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Mengulas lanjut mengenai bunyi letupan tersebut, beliau menegaskan ia hanyalah fenomena cuaca sekiranya ia didengari penduduk dalam tempoh dinyatakan. “Kalau berlaku dalam tempoh antara 1 hingga 3 pagi itu, kemungkinan ia guruh,” jelasnya. Terdahulu, seorang pengguna Threads memberitahu bunyi yang didengarinya bukanlah seperti petir, tetapi disifatkan sebagai letupan bom. “Sesiapa yang duduk Melaka? Tadi korang dengar tak bunyi letupan petir kuat gila? Tapi macam bukan petir macam bom yang kuat meletup. Allahu terus terjaga sampai elektrik mati. Sumpah takut petanda apa ni Ya Allah,” tulis Aainramzi. “Ya betul. Bunyi bukan macam petir tapi macam bom,” kata Gijoendfia. “Merlimau. Menangis nak tidur balik sorang-sorang, pukul 3 lebih baru reda,” kongsi Em0byp1n4_. Sumber: – KOSMO! ONLINE
|
slavehunter replied at 6-4-2026 02:22 PM
Hari tu dekat Ipoh, ni dekat Melaka pula. I think somebody doing something untuk bencana alam kot.
PULANGKAN replied at 6-4-2026 03:38 PM
nanti jawapan polis dan pihak berkuasa lain.. "Letupan misteri"
bullshit gila jawapan tu di tahun ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.263461 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.