CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Hanya Benarkan Que Berlakon Jika Semua Pelakon Lelaki” - Ellie Suriaty tampil buka cerita mengenai pengorbanan besar Que

6-4-2026 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1691| Komen: 17

 



Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty tampil membuka cerita mengenai pengorbanan besar dilakukan sahabatnya yang juga pelakon Que Haidar sepanjang perkahwinannya sebelum ini.

Menerusi satu komen di Threads, Ellie berkata Que berkahwin ketika di puncak kerjayanya serta mendakwa dia korbankan minatnya selama 16 tahun untuk keharmonian rumah tangga dan membesarkan anak-anak dalam persekitaran positif.

 

“Dia berada di kemuncak kerjayanya ketika berkahwin. Namun, dia mengorbankan 16 tahun hidupnya untuk berdepan dengan paranoia serta membesarkan anak-anak agar mereka membesar dalam suasana yang positif,” katanya.

Sementara itu, Ellie mendakwa isterinya akan mengamuk setiap kali aktor itu menerima tawaran lakonan dan hanya dibenarkan berlakon jika semua pelakon lelaki.

“Jika dia berkeras untuk mengambil sesuatu tawaran, dia hanya dibenarkan menjalani penggambaran sekiranya semua pelakon yang terbabit adalah lelaki.

“Tiada pelakon wanita dibenarkan berlakon bersamanya, malah pelakon tambahan wanita juga tidak dibenarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie berkata dua belas tahun lalu Que pernah bertemu dengannya secara rahsia dan meluahkan rasa rindu dengan dunia lakonan.

“12 tahun lalu, dia pernah bertemu saya secara diam-diam dan beritahu dia rindukan dunia lakonan,” katanya.


Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lil_honey 6-4-2026 10:57 AM
patut tak suka ade cinggey
Quote Lampuled 6-4-2026 11:22 AM
Nasib baik tak letak syarat dia yg kena jadi heroin kalau nak berlakon.
Quote BoongaKertas 6-4-2026 11:44 AM
patutlah ex dia sampai anxiety. 16 tahun bhai kena QC. hahaha! insecure betul eh acik tu.
Quote noor2 6-4-2026 11:47 AM
Mcm2...org lain pulak yg cipta api ..tp tulah...x de penceraian yg betul2 baik@ bekas2 yg boleh berbaik sgt2 mcm kawin dulu. Tp untuk org lain yg x de kena mengena, jgnla mencipta api
Quote Nuyak 6-4-2026 11:52 AM
tak duduk serumah mana la tau apa jadi..orang luar selalu nak jadi paling tau based on apa yg nampak luaran jer...diam2 sudah..
Quote BoongaKertas 6-4-2026 11:53 AM
noor2 replied at 6-4-2026 03:47 AM
Mcm2...org lain pulak yg cipta api ..tp tulah...x de penceraian yg betul2 baik@ bekas2 yg boleh berb ...

tu lah kaknoor. ttiba batu api dlm post sheols masa muda yg kakafaz like pun ada haters fazura komen, "TIBERRR LIKE" pastu masalahnya acik ni pi bantai like komen haters tu. hahahahaha. kelakar lah, acik ni tgh sedih ke tgk duda dia mendoniaaa?
Quote KBW2 6-4-2026 11:53 AM
Sibuknya nak into the scene, sundri pun pernah alami masalah rumahtangga tapi masalah orang lain tak habis nak menyebok.
Quote sleepandream 6-4-2026 03:20 PM
acik ellie dengar sebelah pihak je.. ade ke movie or drama takde lgsg pelakon wanita? biasa kokesen mcm LJ ni lagi open minded
Quote chandrahusin 6-4-2026 03:30 PM
bila ada kes cerai
mesti lelaki kena back up
ada je yg kenal lelaki tu lebih dr wife dia
Quote MatDeghem 6-4-2026 03:33 PM
Sapa yg mulakan game ini?
Quote pinkpunk 6-4-2026 03:33 PM
ellie ni pun semua retis dia nak mencapup ye..
Quote pocongkiutss 6-4-2026 03:41 PM
Yelah tuuuu..skali plot twist, mmg dia yg nk berlakon dgn lelaki
Quote alesandra 6-4-2026 04:57 PM
Benda ni bukan baru pun...arwah mamat khalid penah kecewa que ni berenti berlakon.masa tu keluar la citer lj  asyik mengekor dia masa shooting.queen control.masa tu pun baru je kawen.aku pun terkejut  dulu mcm mana laa lj ni nak kawen dgn que ni.sacrifice ?bagi aku lebih pada salah buat pilihan
Quote tulip-rain-2 6-4-2026 05:12 PM
Hhhmmmmmmm...
Ginilah ya camne pun lelaki gak disanjung. ES ni mmg asal ade couple retis cerai laju je dia mmbela yg lelaki.
Dari si FK, faketah, kamal adli pastu QH.
Quote seri_mawr 6-4-2026 05:30 PM
nitizen mmg suka menangkan lelaki...berat sebelah tau....hahha
masa fazz....FA betul...fazz salah..
masa Uqasha ....KA betul...Uqasha salah
ni..LJ...QH betul...LJ salah...

DD je mcm x kena kecaman lepas serai..

eh korang tu ex laki depa...depa lebih kenal kot....udah tidur sebantal..seselimut..
tahi lalat pun tahu kat mana position paling tepat wei...
adik beradik pun x hapai tahi lalat hang kat mana...
mak ayah pun blm tentu ingat kat mana duduknya......
gitu lah hal rumah tangga...
suami isteri je yg lebih kenal pasangan masing2...
Quote cm_vungtau 6-4-2026 05:33 PM
Selalu perempuan akan kontrol kalau lelaki tu dia tak percaya. Kalau lelaki tu dia percaya, dia takkan control. Nak pergi hiking solo pun no hal.
Quote sukacactus 6-4-2026 09:58 PM
Gi cari shades foundation yg betul dulu boleh?

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.033829 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top