CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya mendapati bahawa golongan rakyat mahu PN kembali mentadbir' - Peja

6-4-2026 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 783| Komen: 14

 


SUNGAI SIPUT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa itu bukan sahaja berlaku di negeri ini malah turut dirasai di seluruh negara yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.

Menurutnya, rasa tidak puas hati rakyat didorong beberapa faktor termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang didakwa tidak disenangi sebahagian pengundi.

"Saya mendapati bahawa golongan rakyat begitu bersedia untuk menukar kerajaan lebih-lebih lagi di negeri Perak ini kerana amat tidak bersetuju terutamanya sekali dengan hubungan rapat di antara UMNO dan DAP dan perkara-perkara yang mereka lakukan melukakan hati terutamanya sekali golongan pengundi Melayu.

"Malah apabila mereka tidak begitu business friendly menyebabkan pengundi-pengundi daripada golongan Tionghua juga telah beralih arah," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Ahad.

Hadir sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.

Ahmad Faizal berkata, PN berpotensi mencipta kejutan sekiranya kerjasama antara parti komponennya terus diperkukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kekuatan jentera parti serta sokongan akar umbi akan menjadi penentu penting dalam usaha menawan semula Perak.

Menurutnya, tumpuan kini terarah kepada usaha memastikan hubungan antara parti-parti dalam PN rapat dan utuh.

Sumber ; Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 6-4-2026 03:41 PM
yang pasti orang tanak kau

papan iklan muka dia still tak turun sampai sekarang. ntah bila nak cabut
Quote Kitty_catz 7-4-2026 10:04 AM
buat review mee kari syatuuuu
Quote B40tastePosh 7-4-2026 10:07 AM
Next PRU acik nak undi PAS.... Biar PAS menang dan UMNO nak mengawan semula dengan PAS
Quote akies 7-4-2026 10:12 AM
sape la bg idea kt dia ni ckp camtu.
Kalau buat kerja bagus, tkde nya kalah
pr aritu
Quote azhardanil 7-4-2026 11:07 AM
Penyokong kamu je. Aku rakyat, takde plak orang tanya aku. Kalau ditanya, tak nak la. Tak boleh pakai pun. Dalaman parti pun haru-biru. Gabungan pun goyah. Non Muslim boleh mengaji Quran sesuka hati dalam berucap. Bergulung lidah orang tu mengaji Quran.
Quote silance 7-4-2026 11:14 AM
Next pru aku rasa antara dap dan pas. Umngok dan pkr payah sikit. Walaupun dap gabung pkr contohnya, kerusi dap paling banyak.
Quote manopBKK 7-4-2026 11:15 AM


[twitter]https://twitter.com/akistone/status/1362335977876807682?s=61[/twitter]
Quote axl_bach 7-4-2026 11:45 AM
azhardanil replied at 7-4-2026 11:07 AM
Penyokong kamu je. Aku rakyat, takde plak orang tanya aku. Kalau ditanya, tak nak la. Tak boleh paka ...

Apa masalah non muslim berucap sambil baca Al-Quran???..... Bagi aku x ada masalah pun, asalkan konteks penggunaan tu tepat, dan x nmpk jelas2 menghina....

Soal niat dan tujuan, tu hal dorg lah yg penting selagi zahirnya cara penggunaan tepat dan x dilihat sbg menghina, bukan satu kesalahan pun....

Aku x kisah sesiapa pun pemimpin kafir yg nk guna ayat suci Kalamullah.....
Quote pengecatbintang 7-4-2026 12:08 PM
walaun x nak PMX & Gov Madani

so..

bole piley calon2 PM baru

1. Eddy Awe

2. Abahcow

3. Peja

4. Jahit Komedi

5. Sanoosi

6. Dr Samsuri

7. Hemzeh Pee End

haa piley
Quote kucingitam 7-4-2026 12:23 PM
idak sior le teman peja oii...takkan miker pulak nak jadi pm lepah ni...
Quote Blu3butter 7-4-2026 03:34 PM
Emmmm
Quote vanilacup 7-4-2026 05:04 PM
bagilah muka baru kat Parlimen dulu baru nak cerita siapa yg sesuai tadbir negara ...313 kerusi tu tak nak yg muka sedia ada..jemu sbb acuan yg sama..
Quote kemaruk 7-4-2026 05:23 PM
Mat sabu calon PMxi pilihan bangkem

Hauk tetap sama, tapi sekurang kurang nya ada elemen lucu dalam pentadbiran mat sabu kelak
Quote azhardanil 8-4-2026 11:22 AM
axl_bach replied at 7-4-2026 11:45 AM
Apa masalah non muslim berucap sambil baca Al-Quran???..... Bagi aku x ada masalah pun, asalkan ko ...

Kalau tak salah bagus lah. Jangan orang lain pula buat jadi salah ye.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037877 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top