CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Teluk minta bantuan Malaysia runding dengan Iran - PMX

6-4-2026 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1269| Komen: 27

 



IPOH – Malaysia memainkan peranan sebagai orang tengah dengan menyampaikan permintaan beberapa negara Teluk kepada Iran bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil susulan hubungan baik Malaysia dengan kedua-dua pihak termasuk Iran serta negara-negara Arab.

Menurutnya, beberapa pemimpin negara Arab telah menghubunginya dan meminta Malaysia menyampaikan pandangan mereka kepada pemimpin tertinggi Iran dalam usaha mencari jalan damai.

"Dalam perbualan telefon dengan beberapa negara Arab, mereka minta saya sampaikan kepada Presiden Iran kerana mereka tahu hubungan Malaysia dengan Iran agak baik.

"Kita ambil pendekatan positif, kita sampaikan simpati kepada Iran, tetapi juga keprihatinan negara Arab supaya ketegangan ini tidak berlarutan dan ada usaha ke arah perdamaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Madani Rakyat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini pada Sabtu.

Anwar berkata, Malaysia turut berhubung dengan beberapa negara termasuk Mesir, Turkiye dan Azerbaijan bagi mendapatkan pandangan serta mencari pendekatan terbaik untuk mengelakkan konflik terus memuncak.

Tambahnya, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi juga telah memberi jaminan untuk membantu Malaysia menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui laluan Rafah.

Dalam perkembangan sama, beliau menegaskan Malaysia antara negara yang lantang membantah serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, meskipun tidak ramai negara berani berbuat demikian.

"Sebagai negara merdeka dan berdaulat, kita tidak tunduk kepada mana-mana kuasa asing. Kita nyatakan pendirian tegas menolak serangan tersebut dan mempertahankan kedaulatan Iran,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata konflik berkenaan turut memberi kesan besar kepada ekonomi global termasuk peningkatan kos minyak dan gangguan rantaian bekalan dunia.

Katanya, kerajaan kini giat mengambil pelbagai langkah termasuk mengadakan rundingan dengan negara luar serta pakar ekonomi bagi memastikan impak terhadap negara dapat diminimumkan.


Sumber ; Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Inigo-Montoya 6-4-2026 10:15 AM
gila gempak
Quote tungkai 6-4-2026 10:34 AM
Wahhh.........
Quote supernaturalee 6-4-2026 10:45 AM
kau haderrrrrr




blh geng dgn ukraine tu
Quote silance 6-4-2026 10:52 AM
Bila nak halau pati keparat sial lahanat berleluasa dalam negara? Sebok negara worang.
Quote seri_mawr 6-4-2026 10:58 AM
kenapa iouls mcm tak berapa nak percaya....huhuhu
Quote A-Are 6-4-2026 11:55 AM
Malaysia ni bertukar 10x perdana menteri pon tetaplah masing2 ada 1 persamaan, bab negosiasi mmg win..sebab tu kita dpt kemerdekaan tanpa perang..us dtg kita menari, us perang kita x sokong...kalau org ni kita panggil kaki kipas...hihhi..but atleast kita tetap dgn pegangan kita mana yg kita xsokong kita tetap xsokong tp tidak lah secara radikal..
Quote slavehunter 6-4-2026 02:23 PM
Ni level Imam Mekdi ni. Tiada tandingan lagi.
Quote Decaffeinated 6-4-2026 02:30 PM
Lojik je sebab arab dengan farsi memang old rivals mana boleh nak nego.

Lagi satu dorang nampak Malaysia elok boleh cemolot aman dengan Singapore negara pendatang tu, if not JB tu pun dah serupa Gaza kot.

Plus gambar Thailand dgn Kemboja bersalam dgn PMX di tengah2

Quote copy_paste 6-4-2026 02:51 PM
A-Are replied at 6-4-2026 11:55 AM
Malaysia ni bertukar 10x perdana menteri pon tetaplah masing2 ada 1 persamaan, bab negosiasi mmg win ...

negara kita amalkan diplomasi aman mmg xnk perang,selagi ada cara boleh elak perang kita elak,
Quote Purestteam1 6-4-2026 02:55 PM
harap x gebang... klu pmx berjaya, salute
Quote kemaruk 6-4-2026 03:04 PM
jangan percaya.. ai je ni
Quote ninja boy 6-4-2026 03:11 PM
Mujurla ada saki baki pemimpin tua, pemimpin muda apa cerita x byk pengalaman
Quote Dwdrum 6-4-2026 03:25 PM
Ini selepas trump maki... Iran crazy bastard kan... Mahu strike iran lebih teruk...

GCC tidak akan biarkan shia jadi regional powerhouse...untuk comolot

Lebih kepada minta iran tidak blast GCC in case iran retaliate future US attack...
Quote fattymah 6-4-2026 04:10 PM
seri_mawr replied at 6-4-2026 10:58 AM
kenapa iouls mcm tak berapa nak percaya....huhuhu

Baik depa call pm yindia je sis.. dah 4 kapal lepas selat humus
Quote Firenzza 6-4-2026 04:20 PM
Propa je tu......trump dh jerut teloq mna maunya nego bagai
Quote delia3003 6-4-2026 05:14 PM
Selagi dua² pihak terlibat perang tak mengalah, macam tu je la.
Quote fattymah 6-4-2026 10:42 PM
Maceh atuk fossil.. satu  vessel dah otw
Quote kakigebang 6-4-2026 10:44 PM
A-Are replied at 6-4-2026 11:55 AM
Malaysia ni bertukar 10x perdana menteri pon tetaplah masing2 ada 1 persamaan, bab negosiasi mmg win ...

Ini namanya diplomasi, kita negara kecik je, kalau bukan sbb diplomasi lama dah kena buli dgn US Dan China
Quote Blu3butter 7-4-2026 12:37 AM
Wow terujanya....
Kot Iran dengar kata minyak blh turun & rega brg tak jadi naik kan. So aiol doa biar deme dengar nasihat pmx kite

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087891 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top