|
Pelakon Nur Fazura menjadi perhatian apabila tular video memaparkan dirinya berseloroh ketika menghadiri majlis rumah terbuka peguamnya. Meskipun hangat diperkatakan mengenai isu hak lawatan anaknya, namun Fazura dilihat tenang. Menerusi video berkenaan, Fazura sempat berseloroh mengatakan dirinya tidak dipenjarakan kerana sudah berjanji untuk berada di majlis rumah terbuka peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan sehingga malam. “Rumah terbuka paling meriah, makanan sedap, rumah meletup, peguam terhebat Malaysia. “Yang penting saya tak dipenjara oleh peguam saya sebab sudah berjanji untuk ‘stay’ sampai malam. Saya tak langgar perjanjian,” selorohnya. Terdahulu, bekas suaminya, Fattah Amin dilapor memfailkan permohonan secara ex parte terhadap Fazura atas dakwaan melanggar perintah berkaitan hak lawatan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya. Bagaimanapun, pada 31 Mac lalu, mahkamah menolak permohonan Fattah untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas isterinya. Sumber ; Rotikaya
|

prince_marhaen replied at 6-4-2026 11:40 AM
Attah ngan mighah lupa agaknya si Faz kaki shades orang daripada dulu..hahahahahaha..berani ye main ...
yang ponen gemok mulut hanjing tu...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.081471 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.