|
Seorang wanita dikenali sebagai Dayangku Nazeera yang dipercayai adik kepada Que Haidar tampil bersuara selepas wujud pelbagai dakwaan terhadap pelakon terbabit sejak semalam. Menurut Dayang, dia tidak menyangka orang ramai termasuk bekas kakak iparnya yang dipercayai ditujukan kepada Linda Jasmine sanggup menabur fitnah terhadap abangnya. “Yang sebarkan fitnah, bersedialah untuk jawab di akhirat, hati-hati ya semua. “Kami sekeluarga layan sebaik-baiknya dia. Tak sangka difitnah sebegini. “Terima kasih bekas kakak ipar atas fitnah yang disebar. Semoga Allah SWT membalas dan semoga Tuhan melindungi abang saya,” katanya dalam satu hantaran TikTok.'
Dia bagaimanapun tidak memperincikan fitnah yang didakwa disebar bekas kakak iparnya itu. Dalam hantaran berbeza, Dayang juga memberitahu kecewa dengan sikap individu yang melemparkan dakwaan tidak benar mengenai abangnya dalam media sosial sejak beberapa hari lalu. “Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam daripada menyakiti orang lain dengan fitnah. “Kita malas nak buka aib orang tapi kalau dah buka, awak malu sampai tak keluar rumah nanti, malu nak jumpa media. “Sabar orang ada limit, jadi berpada-padalah buat cerita itu. Kita ini sabar sebab abang sendiri,” ujarnya. Dia juga meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai dan menjatuhkan hukum tanpa mengetahui kebenaran di sebalik dakwaan negatif mengenai Que yang tersebar ketika ini. “Kalau ikutkan hati, dah lama tersebar aib awak itu. “Jangan risau, orang bukan bodoh. Cepat atau lambat semua akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” katanya lagi. Semalam, Linda memberi bayangan seolah-olah dia bercerai dengan Que pada Julai 2024 disebabkan mahu melindungi anak-anak mereka daripada kejahatan. Untuk rekod, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar. Sumber – Kosmo |
gekkou replied at 5-4-2026 06:28 PM
LJ post apa weh?
sampai triggered ni?
pocongkiutss replied at 5-4-2026 07:38 PM
Iols rasa mcm lebih kurang yg kebanyakan acik porem speku
Entohler ko pun hadek jah..bukan ko tau ...
Nurkaseh01 replied at 5-4-2026 08:48 PM
Lepastu LJ sekarang kena serang dengan fans Fazura siap kata LJ muka pondan. Dlu kata LJ muka Lana d ...
Shayang replied at 5-4-2026 09:59 PM
Alahai duk serumah ke dik ngn depa sejak kahwin?
Kakak ipar hang tak sebarkan apa pun, hanya sebaris ...
brainbiru replied at 5-4-2026 10:31 PM
Tak paham. Scroll2 thread x jumpa lagi jawapan..
Apa yg LJ post psl Que. Yg aku jumpa kata2 cemuha ...
Nurkaseh01 replied at 5-4-2026 10:36 PM
Mula nya sebb ada yang komen kt tt LJ suruh dia rujuk dengan que. Lepastu LJ kata dia tknk getback ...
brainbiru replied at 5-4-2026 10:31 PM
Tak paham. Scroll2 thread x jumpa lagi jawapan..
Apa yg LJ post psl Que. Yg aku jumpa kata2 cemuha ...
Nurkaseh01 replied at 5-4-2026 08:48 PM
Lepastu LJ sekarang kena serang dengan fans Fazura siap kata LJ muka pondan. Dlu kata LJ muka Lana d ...

pocongkiutss replied at 5-4-2026 11:43 PM
Adik duk tido sebantal ke noksssss
Cuba reverse situasi..bygkan patah amon yg mcm ni..rogayah..pa ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066724 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.