CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak salah YB mempertahankan saya – Bella Astillah

5-4-2026 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1310| Komen: 13

 


Penyanyi Bella Astillah menyifatkan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bukan sekadar bermulut manis tetapi membuktikannya melalui tindakan nyata.

Menurut pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, itu, dia sangat menghargai keberanian Saddiq yang sering mempertahankannya tanpa diminta.

“Sebenarnya orang cakap ini mulut manis, mengenali YB dia cakap dan dia lakukan. Sepertimana dia berikan kepada rakyat-rakyat Muar, itu fokus dia yang saya nampak.

“Dia seorang yang berwibawa, bila cakap fasal ayat-ayat manis. Saya rasa tak salah dia mempertahankan saya.

“Terima kasih,  saya hargai. Untuk kita dapat orang mempertahankan kita bukan senang, kita tak suruh,” katanya dalam sebuah audio siar.

Mengulas mengenai perbandingan yang sering dibuat netizen dengan lelaki-lelaki lain, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memohon agar setiap perjalanan hidup tidak dipukul sama rata kerana setiap insan melalui ujian berbeza.


“Orang cakap juga macam mana dengan lelaki-lelaki lain? Jangan samakan kehidupan kita dengan orang lain, saya takut nak bandingkan.

“Apa yang kita lalui berbeza, sama juga dengan benda kita makan.. Saya hanya akan lalui apa yang berlaku selepas ini.

“Kita manusia mampu merancang, apa-apa Allah yang menentukan. Apa saya ada dengan YB, saya jalani dengan hati gembira dan bersyukur,” ujarnya.

Dalam masa sama, Bella lebih matang dalam menilai erti kebahagiaan dan memaklumkan pasangan yang tepat adalah mereka yang mampu membawa ketenangan jiwa.

“Pasangan adalah peranan sangat penting dalam kehidupan.

“Salah pilih pasangan pun tak bawa kebahagiaan. Mesti ada orang tanya macam mana nak tahu seseorang tepat?

“Bila kita dapat rasa ketenangan, tak membawa apa-apa toksik dalam kehidupan dan beri manfaat insya-Allah itu pasangan tepat kerana saling memahami serta menghormati,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Bella sah bergelar tunangan kepada Saddiq dalam sebuah majlis selepas mula intim sejak awal 2024. 

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 6-4-2026 11:40 PM
Nampak mcm membangga diri dan cepat sgt memuji
Jgn puji tinggi sgt, jatuh nnti hancur berkecai nok
Basstaik pun malu nak menyambut
Quote MissDiane 6-4-2026 11:44 PM
Edited by MissDiane at 6-4-2026 11:45 PM

Terpaling GREEN FOREST kekdahnya. Takpe. Sekarang ni sembang lebat tinggi-tinggi dulu ye Kemek. Nanti bila dah jatuh, terus tersembam muka masuk ke dalam kerak bumi terus. Jangan keluar-keluar. Jangan cakap acikpors tak payung nasihat ehh hihi
Quote red_velvet 6-4-2026 11:52 PM
Meols predict takkan bertahan lama.. Ko bercinta tunggang terbalik dunia pun akhirnya bila dah sebumbung & sekatil baru realized sekufu tu penting
Quote gideoncross 6-4-2026 11:55 PM
SisterHong replied at 6-4-2026 11:31 PM
Bila nikah....naik pelamin dulu baru sembang sis

Dua ketul ni slayaknya Nikah je trus, especially Bailah. Brtunang konon nak prasan msih ada virginity pdahal dah ada 2 anak & prnh dgn Muaz time msih lgi jdi bini Aliff yg sah. Zizik
Quote gideoncross 6-4-2026 11:56 PM
Aneem replied at 6-4-2026 11:40 PM
Nampak mcm membangga diri dan cepat sgt memuji
Jgn puji tinggi sgt, jatuh nnti hancur berkecai nok
B ...

Smalam hp Vivo iol timbul news psl Sayid serahkan hal prsiapan khwin spenuhnya kat Bailah. Pity u Bailah, tunang sndri agaknya xde mood nak fikirkn psl prsiapan khwin hahahahah
Quote LadyCarefree 7-4-2026 12:11 AM
gideoncross replied at 6-4-2026 10:56 PM
Smalam hp Vivo iol timbul news psl Sayid serahkan hal prsiapan khwin spenuhnya kat Bailah. Pity u  ...

Hairan pentaksub kata Dick green forest padahal nampak macam dia lantakko lah asal kau happy tak peningkan aku. As though Dick ambil jalan mengalah all the time sebab malas nak hadap royanan/rajukan si Kemek. Macam tak ada interest in his own wedding pun ya.

Pasal hantaran sijil2 tu pada iols bukan green flag. Malas nak ulas panjang but it is like again, dia ambil jalan mudah dan jimat duit. LoL. Entah2 akaun2 tu dia buka RM100 je. Hahahahhaa
Quote gideoncross 7-4-2026 12:47 AM
LadyCarefree replied at 7-4-2026 12:11 AM
Hairan pentaksub kata Dick green forest padahal nampak macam dia lantakko lah asal kau happy tak p ...

Tak interested sbb Bailah bukannya a virgin pun, dh trlmpau bnyk pngalaman pstu nsib ko lah Sayid, jdi "ayah express" utk Ayden & Ara
Quote Blu3butter 7-4-2026 01:02 AM
Bagus la saling memuji
Harap kekal selamanya
Quote aint 7-4-2026 01:13 AM
hahah... Sadick malas nak susahkan diri utk majlis kawin sendiri..  dh Jonggang yg terhegeh, amik ko urus la semua
Quote ninja boy 7-4-2026 04:06 AM
Edited by ninja boy at 7-4-2026 04:07 AM

Awal2 semua sweet sweet
Quote AWEKSAMURAI 7-4-2026 06:09 AM
Dlu aliff pun kau ckp mcm ni .. ingat tak aliff marah netizen sbb netizen ckp KO gemuk mcm babi ....
Quote SisterHong 7-4-2026 10:32 PM

Quote iylegend 8-4-2026 03:44 AM
Pelik nya hidung dia dalam gambar yg ada mic tu.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.061190 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top