CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Jangan normalisasi trend dedah aib, usah jadi enabler’ - Erra Fazira

5-4-2026 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1315| Komen: 15

 


Menjaga privasi rumah tangga, pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengelak untuk berkongsi hal peribadi mahupun meluahkan perasaan menerusi media sosial.

Erra Fazira atau nama sebenar Fazira Wan Chek, 52, berkata, dia enggan sebarang perkongsian yang tidak perlu mencetuskan salah faham kepada netizen.

“Setiap kita melalui fasa kematangan. Namun sebenarnya sejak dulu lagi saya tidak muat naik hantaran yang boleh menimbulkan tanda tanya.

“Saya faham ada yang berkongsi sekadar untuk meluahkan perasaan. Namun, kadang-kadang ‘like’ atau ‘share’ sesuatu pun boleh mencetuskan persoalan.

“Sebab itu saya memilih untuk tidak berkongsi perkara yang tidak menyeronokkan. Di luar sana sudah terlalu banyak perkara toksik, yang tak menyeronokkan, menyakitkan, saya simpan sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis Riang Ria Raya ACGAS 2026 di sebuah hotel di sini, semalam.


Primadona Filem Melayu Alaf Baharu yang ditemani suaminya, Ezwan Zain turut menyatakan kegusaran melihatkan trend masyarakat yang terlampau terbuka berkongsi hal ‘kain dalam’ di laman sosial.

Katanya, keterbukaan tanpa batasan itu disifatkan boleh mengikis sifat malu seseorang individu, sekali gus berisiko memberi impak negatif terhadap sahsiah generasi seterusnya.

“Saya melalui evolusi dunia maya dari zaman My Space sehingga Instagram, X dan sekarang Threads. Sejujurnya saya tidak mengikuti trend di Threads atau platform lain.

“Apa pun, mengingatkan sesama kita adalah tanggungjawab bersama. Jika tiada permintaan, tidak akan ada yang berkongsi perkara seperti itu.

“Bagi saya kita perlu ada kesedaran dan rasa tanggungjawab. Dalam Islam sendiri mementingkan sifat malu. Jadi jangan normalisasi trend (dedah aib). Jangan jadi ‘enabler’,” ujarnya.

Sejak mendirikan rumah tangga pada 11 Disember tahun lalu, langkah Erra dan Ezwan menjadi sorotan ramai yang menyifatkan mereka sebagai pasangan manis.  

Sumber – Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caca_eric 5-4-2026 10:55 PM
Diamlah
Tiba ko n laki jadi walaun
Quote fadz84 5-4-2026 10:59 PM
caca_eric replied at 5-4-2026 10:55 PM
Diamlah
Tiba ko n laki jadi walaun

Dorg buat video perli gomen ye?
Quote pocongkiutss 5-4-2026 11:12 PM
caca_eric replied at 5-4-2026 10:55 PM
Diamlah
Tiba ko n laki jadi walaun

Asal perli gomen kena cop walaun??
Quote caramello 6-4-2026 12:39 AM
Susahla retis2 lain nk mencontohi si ratu ni..hampir tiada rasanya yg menyerupai sikap dia..klo ada pun maybe retis tu terlalu sendu xde sapapun yg amik pedulik psl dia
Quote evlinne 6-4-2026 06:28 AM
Sbb dia yg banyak buat hal
Pompuan klau buat hal mmg sebolehnya tutup mulut sbb ada sikap playvictim
Laki malas nak bercerita
Quote ninja boy 6-4-2026 06:49 AM
Edited by ninja boy at 6-4-2026 06:50 AM

X cakap apa pun nitezen tetap bercerita spekulasi stalk medos buat kronologi
Quote noor2 6-4-2026 07:42 AM
Dia ni mmg terbaik..dan apa org kata dia pun dia x pernah balas atau sindir
Quote mawarika 6-4-2026 07:55 AM
Satu bole puji… dia ni mmg ketat mulut nak bercerita. Dicerca 3 beradik muka tak siap tu pun still primadona bole maintain. Respect.
Quote prince_marhaen 6-4-2026 08:40 AM
Kak Ratu kena nasihatkan laki baru Kak Ratu yang mulut boleh tahan macam Kak Nam tu... mececeh macam makcik-makcik, siap buat podcast, share sweet2 cringe, dah lah muka macam pengkid manager fast food. Silap2 dia yang lebih menceceh nanti kalau ada masalah.
Quote AWEKSAMURAI 6-4-2026 09:16 AM
prince_marhaen replied at 6-4-2026 08:40 AM
Kak Ratu kena nasihatkan laki baru Kak Ratu yang mulut boleh tahan macam Kak Nam tu... mececeh macam ...

Laki dia lebih nampak ladies

Quote prince_marhaen 6-4-2026 09:34 AM
AWEKSAMURAI replied at 5-4-2026 03:16 PM
Laki dia lebih nampak ladies

iye, dengan duduk silang kaki cam women... mana lah orang tak speku... hahahahaha.. ingatkan pendiam, rupanya jenis kepoh, suka buat lawak2 cringe... maybe sebab previous laki Kak Ratu jenis berat mulut kan, dapat yang 'kelakar' ni Kak Ratu terhibur la kot.
Quote caca_eric 6-4-2026 02:13 PM
pocongkiutss replied at 5-4-2026 11:12 PM
Asal perli gomen kena cop walaun??

asalnya laki dia bias Tun rasanya

kena cop walaun sbb tak dapat beza walaun ke walatun...
Tun kan colab dgn negeri SG4
Quote Lady39 6-4-2026 02:20 PM
Sebenarnya kena back to basic. Kalau mengaku diri Islam cek apa yang patut dan tak patut dibuat. Kalau contohi manusia..semuanya ada flaws masing2.
Quote hihanghoheng 6-4-2026 05:25 PM
Ratu has spoken
Quote AWEKSAMURAI 6-4-2026 05:30 PM
caca_eric replied at 6-4-2026 02:13 PM
asalnya laki dia bias Tun rasanya

kena cop walaun sbb tak dapat beza walaun ke walatun...

Aku walatun ahhahaha tp pru akan dtg aku Vote Dr Samsuri Mohktar MB Terengganu ... Dia bagus weh .. kerajaan persekutuan x bg duit apa langsung tp dia buat sampai Terengganu ada duit buat projek sndiri

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.192950 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top