CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Lindungi Anak Dari Kejahatan Sebab Itu Saya Bercerai Dengan Dia#ytjt” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

5-4-2026 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3047| Komen: 25

 


Jawapan balas guru tari profesional, Linda Jasmine mengejutkan ramai apabila ada individu menyuarakan agar dia kembali rujuk dengan bekas suami, Que Haidar.

Menerusi komen di TikTok, individu tersebut berharap agar Linda bersatu kembali dengan Que demi kebaikan bersama.



Bagaimanapun, Linda membalas dia melindungi anak-anak daripada perkara jahat dan disebabkan itu dia berpisah dengan Que.

“Ya, I am protecting them from evil (saya melindungi mereka daripada kejahatan)… that’s why i divorced him (sebab itu saya bercerai dengan dia) #ytjt,” tulisnya.

Terdahulu, Que dan Linda sah berpisah pada Julai 2024 selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Ratu Haidar, 16, dan Tengku Cleopatra Haidar, 13 tahun.



Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annehuda 5-4-2026 05:27 PM
aku baca kt fb ramai yg persendakan acik linda ni. mana ada dalam islam ni isteri menceraikan suami. diorg tak tau ke memang talak di tangan lelaki, tapi isteri boleh je mohon khuluk, fasakh, lian, taklik.  tapi part perempuan memang susah hakim nak jatuhkan hukum sah cerai ni, so kalau acik linda ni boleh menang maksudnye mmg ada la kebenaran komen die tu sbnrnye
Quote becir 5-4-2026 06:10 PM
wah bawah tu komen anak sulung ke..menarik
Quote rayray28 5-4-2026 07:20 PM
Timeline cantik plak sedang elok anak nk join reality show..nk bg up nama kot ye? Alang2 biar hype anak dikenali..gigih sungguh laa nk jd artis..mcm2 benda masuk..tahun ni bukan ke spm?
Quote youell 5-4-2026 07:27 PM
Protecting from evil sangat. Ko encourage anak masuk dunia maksiat ni.. Kira mcm mana? Exposing to evil ke apa eh? #Tanyaje.
Quote Bedak_Carrie 5-4-2026 07:32 PM
Word evil tu sbb dia menjawab statement org tu yg cakap protect from evil kan... So she was referring to that statement... Ke idokkk?
Quote pocongkiutss 5-4-2026 07:44 PM
annehuda replied at 5-4-2026 05:27 PM
aku baca kt fb ramai yg persendakan acik linda ni. mana ada dalam islam ni isteri menceraikan suami. ...

Meaning dia menang (berjaya cerai) sbb dia ada proof?  

Eh jap..apa beza kes dia ngan pajurah..mcm sama kan? Ke lain?
Quote sleepandream 5-4-2026 07:59 PM
dalam erti kata lain sheols kata si que tu setan... ohemgee..
Quote annehuda 5-4-2026 10:20 PM
pocongkiutss replied at 5-4-2026 07:44 PM
Meaning dia menang (berjaya cerai) sbb dia ada proof?  

Eh jap..apa beza kes dia ngan pajurah..mc ...

Mekjurah mohon batalkan perkahwinan atas tiada persefahaman. Skali tu si patah setuju nak lafazkan talak tp syarat ada NDA tu. Mcm kes kak linda ni tak sure la kalau Que tu pun deal mcm ni.
Quote misszazaz 6-4-2026 08:55 AM
hhhrrrmmmmmm
Quote IzzahF 6-4-2026 10:51 AM
tp apasal time2 ni tiber2 isu dorang ni meletop...lama dah kan dorang serai. netz ni rajin la jaga tepi kain org
Quote asudau 6-4-2026 11:05 AM
acik salahkan netizen yang suh LJ dan Q kawin balik  tu...dia lah pencetus benda-benda ni..kalau dah lama bercerai, tah yah la disuruh-suruh rujuk, depa dah tak mau dah.

kalau nak suruh/pujuk pasangan rujuk semula, dalam tempoh iddah sudahlah, ni dah 2 - 3 tahun bercerai nak cadang suh rujuk...kan dah keluar segala aib..

netizen tu yang punca..elok dah terbenam rapi aib...dijoloknya..pastu Mstar suka la..ambik jadi topik hangat

kalau Q dan LJ nak saman, saman acik netizen tu dulu..punca
Quote seri_mawr 6-4-2026 11:45 AM
mak dia ckp..anak dia support..
aku ni udah fikir benda2 lain dah ni...huhuhu...buar betul Q ni..huhuhu

mak2 ni akan sehabis daya protect anak2....
Quote Incanto 6-4-2026 11:50 AM
teruknya Inglish netizen yg bagi komen suruh kawin semula tu

bangsa apa tu?
Quote Incanto 6-4-2026 11:51 AM
asudau replied at 6-4-2026 11:05 AM
acik salahkan netizen yang suh LJ dan Q kawin balik  tu...dia lah pencetus benda-benda ni..kalau dah ...

setuju sangat

netizen kepochi punya pasal....teruk LJ dan Q kena
Quote L.U.S.M 6-4-2026 12:06 PM
Edited by L.U.S.M at 6-4-2026 12:11 PM

Ayat English mmg la I divorced him
In bm jadi saya bercerai dgn suami saya...bukan saya ceraikan suami saya..bodoh pekat ngat...sama bodoh dgn yg sembang pasal pembatalan perkahwinan

Klu dh sah,celah mana jadi batal gilaaa!
Lainla dari awal xsah lgsg...
yang ada jln keluar dgn bercerai je...
Quote pocongkiutss 6-4-2026 12:11 PM
asudau replied at 6-4-2026 11:05 AM
acik salahkan netizen yang suh LJ dan Q kawin balik  tu...dia lah pencetus benda-benda ni..kalau dah ...

SETUJU..Salah dia..si LJ mgkin lama pendam pastu bila diprovoke2 ha..terkeluor dah
Quote pocongkiutss 6-4-2026 12:13 PM
seri_mawr replied at 6-4-2026 11:45 AM
mak dia ckp..anak dia support..
aku ni udah fikir benda2 lain dah ni...huhuhu...buar betul Q ni..huh ...

Iols membayangkan si q ada tertgk2 bideo rogayah pehtu acik LJ nmpk & suspish

Iols pun ghiso skrg ni ex lakinya pun pegi gym bagai..dah la..ko pepaham la sapa ramai kt sana
Quote kucingitam 6-4-2026 01:45 PM
asudau replied at 6-4-2026 11:05 AM
acik salahkan netizen yang suh LJ dan Q kawin balik  tu...dia lah pencetus benda-benda ni..kalau dah ...

boleh je LJ jawab antara kami dah tak ada jodoh, dari keluarkan  statmenet yang berpanjangan. dia bukan baru dlm dunia seni. mesti dia tau apa impact setiap butir ayat dia.
Quote MatDeghem 6-4-2026 05:35 PM
asudau replied at 6-4-2026 11:05 AM
acik salahkan netizen yang suh LJ dan Q kawin balik  tu...dia lah pencetus benda-benda ni..kalau dah ...

Tak kan suggest untuk kawin balik...terus jadi marah bukak pekong.

sekarang kalau betul ape si LJ cakap. Que kena diam2 one corner lah.
tapi kalau fitnah....ape lagi...kasi surat loyer.

Screenshot 2026-04-06 173503.png



Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-4-2026 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.208980 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top